Pintu gerbang Kampung Belukar Durian |
Jika nak baca part 1 boleh klik sini.
Hai bertemu lagi dalam kisah pengembaraan aku anak beranak part 2 pula.
Selepas puas kami bercamping di tepi Pantai Jason Bay, lebih kurang pukul 2.30 petang aku anak beranak siap-siap untuk buka khemah dan menuju ke Wetlands Kampung Belukar Durian pula.
Kami terpaksa berpatah balik kerana Pantai Jason Bay ni terletak ke depan sedikit menuju ke Pekan Sidili Kechil sedangkan Wetlands Kampung Belukar Durian ni berada
di belakang.
Lebih kurang 8 kilometer dalam 10 minit macam tu kami sampai ke simpang masuk kampung tersebut. Papan tanda tiada tau. Kami ni pun guna waze je. Lokasi Wetlands ni agak jauh ke dalam. Kami sertakan link facebook untuk maklumat lanjut para membaca DI SINI. BOLEH KLIK!.
Lebih kurang 5-10 minit kami sampai di lokasi. Alhamdulillah.
Pintu masuk wetlands |
Depan sungai, belakang pon sungai. Sesuai juga untuk kaki pancing menginap di sini. Ada juga aku nampak orang memancing di sini sama ada di jeti dan dari tebing sungai.
Pemandangan dari balkoni chalet |
Pemandangan dari balkoni chalet |
antara pemandangan indah di sini |
antara pemandangan indah di sini |
antara pemandangan indah di sini |
Pejabat. Di sini lah aku buat process Check-in |
Jangan risau, insyaallah selamat. Baru la mencabar hidup. Kata nak back to nature. hehehe..
Macam biasa. Aku buat taklimat sekali lagi kepada anak-anak sebelum masuk ke hutan belakang tu.
Taklimat sebelum masuk hutan paya bakau |
Taklimat sebelum masuk hutan paya bakau |
Taklimat sebelum masuk hutan paya bakau |
Taklimat sebelum masuk hutan paya bakau |
OK jom kita mulakan operasi. Menjelajah hutan paya bakau.
Sebenarnya tak mencabar mana pon hutan ni. Kita berjalan atas laluan simen macam titi tu. Just ikut je la jalan tu. Dapatlah kami anak beranak melihat kehidupan dan tumbuhan paya bakau di sini.
Aku ada bawa ubat nyamuk sembur fumakilla kalau-kalau ada nyamuk. Memang ada nyamuk pun. Berguna penyembur yang aku bawa tu. hehehe..
Selepas keluar hutan paya bakau tu, aku anak beranak panjat menara tinjau pula. 5 tingkat beb. Bila dah sampai atas kami duduk dalam 30 minit menikmati pemandangan dari atas.
pemandangan dari atas menara tinjau |
ha..menara belakang tu la yang kami panjat. |
Petang itu, ini sahaja aktiviti kami. Tengok orang memancing dan jalan-jalan sekitar chalet. Aku nampak ada stor kat belakang tu ada kayak, basikal, ada ATV. Tak tau la boleh guna atau tak. Aku pon tak bertanya.
kalau aku bawa joran, boleh aku pancing dari balkoni chalet je.huhuhu.. |
layankan ibu bergambar |
Sembang denga pakcik ni. Dia dari Kota Tinggi |
Selesai jalan-jalan petang tu kami siap-siap untuk makan malam. Awal anak-anak lapar. Ha so apa lagi. Suruh anak usaha sendiri kalau nak makan. Kita pantau je. Baru la depa tau erti kesusahan hidup.
Kami panaskan lauk tengah hari tadi, nasi ada lagi so kami panaskan juga makanan dalam tin sambal kerang dan masak maggie sebagai juadah makan malam..oppssss..hehehe..
Yang pasti anak-anak tau la erti kesusahan. Bukan senang nak senang. Nak kan sesuatu tu, kita kena berusaha. Macam nak makan malam ni. Bukannya terus siap. Kena usaha baru boleh dapat makan.
Malam tu kami tido awal dengan nyenyaknya. Walaupun kami pilih chalet kipas sahaja, ia sangat sejuk. Nyamuk pun tak de la sangat. Mungkin aku dan sembur sebelum tido kot.
Ke esokkan harinya pukul lebih kurang 10.30pagi kami check out.
OK..Bersambung di Pengembaraan Back To Nature-(Part 3: Wetlands Kampung Belukar Durian-Mersing)
================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
No comments:
Post a Comment