Taklimat kepada anak-anak lagi untuk ke destinasi seterusnya |
Lebih kurang pukul 10 pagi kami telah siap-siap untuk check out. Macam biasa taklimat di berikan sekali lagi kepada anak-anak dan sedikit post morterm hari pertama semalam. hahaha..jangan main-main dengan ayah korang ni tau.
10.30 pagi check out dan amik gambar kenangan kali
terakhir di sini.
Zaaazzzzz kami meluncur laju ke Mersing. Tadaaaaa..Dah sampai Mersing.
Sampai di Mersing kami makan tengah hari di Pusat Niaga Lembaga Mat Aris sebelah jambatan tu. Ini adalah kali kedua aku makan di sini. Kali pertama masa aku pergi ke Pulau Tioman dulu dan aku bermalam satu malam di sini. Dulu lah.
Permandangan dari tempat makan aku tengah hari ni. |
ambil gambar sebelum gerak |
Sebenarnya hajat aku ke Mersing memang untuk bercamping..Dari awal lagi aku dan buat carian di internet. Dua tempat yang shortlisted adalah Teluk Gorek Chalet & Camp Site dan lagi satu adalah Pantai Lanun Camp & Chalet.
Selesai makan kami pergi ke Teluk Gorek Chalet & Camp Site. Kali ini aku memilih untuk ikut jalan pantai sambil menikmati suasana pantai.
Dah sampai di Pantai Air Papan. |
Setibanya di Pantai Air Papan, viewnya sangat mendamaikan. Bendera merah menandakan tidak boleh mandi. Ombak tinggi tak boleh mandi. Tapi kami bukan nak ke sini pun.
Sekadar lalu dan ambil gambar dan lihat pemandangan sahaja. Di sini juga aku ada nampak tempat untuk bercamping..Tapi macam tak menarik, aku teruskan perjalanan ke Teluk Gorek seperti di rancang.
Terus dan meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Teluk Gorek Chalet & Camp Site.
Dah sampai |
Setibanya di sana terus kami teruja. Berjumpa dengan owner chalet. Masa tu belum decide sama ada kami nak berkemah atau nak tido chalet sahaja.
Kami minta izin untuk melawat kawasan dulu. Nanti pukul 3 petang baru kami decide sama ada nak berkemah atau tido chalet. Chalet di sini murah tau. Terkejut aku. Aircond plak tu.
Kami nak tengok kawasan, tengok tandas dan tempat mandi, ada tempat cuci pinggan mangkuk, ada surau dan lain-lain kemudahan. Sangat bersih dan terjaga rapi.
Pendek kata sesuai untuk bercamping dan bersantai bersama keluarga dan lain-lain aktiviti. Aku sertakan link FB mereka di sini. Boleh KLIK!.
Teruja punya pasal aku dah siap pasang khemah bersama anak-anak. Anak-anak pon excited nak bermalam dalam khemah.
Done pasang khemah |
Sempat test tido lagi |
Tapi sedihnya, mereka kata khemah mereka banyak yang dah bocor. Lagi pun cuaca tak menentu ni, Takut hujan susah nanti. Kami akur. So khemah yang dah terpasang tu aku biarkan terpasang.
Pukul 6.30 petang baru aku buka dan simpan. Ada hikmahnya juga kami duduk chalet, betol-betol malam tu hujan dan angin kuat. Kalau tak silap-silap terbang khemah kami.hehehe
So kami stay di Chalet sea view. Sangat tidak menghampakan.
Yang kiri tu chalet kami. Sangat puas hati |
Tembesu namanya |
Petang itu kami hanya buat aktiviti mandi pantai. Jangan risau di sini selamat untuk mandi. Sebab ia kawasan teluk. Ombak pon malu-malu untuk menghempas ke pantai walaupun kami datang waktu ni sedang musim tengkujuh.
Waktu petang air pasang baru best mandi. Kalau tidak kita terpaksa jalan jaun nun di sana untuk mandi laut. Air nya jauh ketengah sana dan pantai dia landai. Memang selamat..insyaallah..
main panjat-panjat kayu.hehe |
Tapi aku rasa macam sentiasa tak ada je. Takper la. Kata nak bercuti. Aku memanfaatkan waktu ini untuk mereka.
Waktu malam kami duduk luar chalet menikmati makan malam bersama anak beranak. Macam biasa. Kami panaskan lauk guna stove. Lauk kami beli lebih waktu kat kedai tengah hari tadi.
Supper aku dah wife sahaja kat luar. Dating berdua. Anak-anak dah tido. Dating bual-bual sambil minum milo. Syokkkk ooo
Ok lah sekian cerita aku buat masa ini.
Bersambung di Pengembaraan Back To Nature-(Part 4: Hari ke-2 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site)
================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/
No comments:
Post a Comment