Saturday 9 July 2016

1 Cara menambah “soft skill” dalam diri seseorang


Sering kali ketika rasa mood berniaga ke laut..saya akan buka kotak “harta karun” saya nie.. tergelak sorang-sorang, terimbau kenangan zaman baru lepas belajar
Universiti dulu.
Zaman baru nak “up” kata gen Y zaman sekarang nie.hewhew. Tapi ini la sebenarnya, di mana saya baru mula nak belajar erti berdikari, yakin dengan diri sendiri..Belajar tebal muka, belajar cari duit.
Ini lah pekerjaan pertama saya selepas habis belajar sementara nak tunggu graduasi.
Kebanyakan kawan-kawan saya ada yang  kerja “part time” kat shopping mall, outlet francais,ada yang bekerja kilang dan sebagainya untuk kumpul duit hari konvo nanti. Tapi saya tidak berminat ke arah itu..
Apa yang saya buat adalah menjadi agen takaful
Sebenarnya bukanlah nilai wang itu yang saya utamakan tapi ilmu “self esteem” itu yang saya perlukan. Sanggup saya turun naik bas dari Sg.Petani ke Alor Setar,  tempat latihan agen insurans.
Almaklum la saya tiada “transport sendiri”. Dalam seminggu ada la dua tiga kali saya datang. Di sini saya belajar dengan tuan guru iaitu En.Azmi tentang “soft skill”.
Di universiti walaupun kita diajar ilmu pemasaran, tapi ia tidak sama bila kita melakukan secara praktikal.. kita perlu pandai menyesuaikan keadaan, teknik dan cara yang bersesuaian dengan diri kita.
Okey, dipendekkan cerita dapat la saya menjual 3 polisi insurans dalam masa sebulan..hehehe..
Pada saya ia satu pencapaian yang baik untuk diri saya yang baru bermula ni. Bukan senang untuk convince orang supaya ambil takaful dengan kita.
Kesimpulan yang boleh dibuat oleh saya adalah:
1)Lepas grad, jangan bangga diri sangat konon-konon terus boleh dapat kerja jadi eksekutif di syarikat terkemuka.
2)Jangan rasa lepas grad, rasa diri tu berilmu sangat. Sebenarnya dalam dunia luar pekerjaan saya lagi banyak ilmu yang kita tidak tahu dan tidak pernah diajar di Universiti.
3)Jangan rasa diri tu bagus sangat sampaikan kita tak mahu mendengar kata orang tidak ada lulusan universiti. Sebenarnya mereka lagi hebat dan banyak ilmu dalam dunia realiti luar sana. Respek sesiapa sahaja dan sedia untuk belajar dari mereka.
=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sinihttp://www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini http://www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget