Monday, 11 July 2016

4 Inspirasi dari Gunung Kinabalu



Tinggi - tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi lagi sayang sama kamu. Biru - biru....🎀🎀🎼🌿🌲🌲 

Pernah dengar tak bait-bait lirik di atas.. bagi orang Sabah pasti tahu..😎 

Sebenarnya bukan lirik tersebut yang ingin saya "highlight" kan, tapi
inspirasi dari gunung tersebut..  

Kali pertama saya menjejakkan kaki ke negeri Sabah, atau lebih tepat lagi mendaki gunung tersebut pada tahun 2003.. 

Subhanallah memang sungguh cantik pemandangan di atas sana.. Satu tempat yang tidak pernah saya jangkakan akan menjejakkan kaki di sini.. 

Banyak benda yang saya belajar dari pendakian tersebut : 

1.Matlamat. 
Hidup kita tidak kira la apapun yang kita lakukan perlu ada matlamat/objektif. Baru kita akan fokus ke arah matlamat tersebut. 

2. Usaha. 
Berusahalah sebaik mungkin demi mencapai matlamat tersebut.. Dalam berusaha tersebut, perlu ada perancangan agar visi dan misi mampu dicapai.

3.Sabar dan istiqamah. 
Nak sebut senangkan??!! Nak jadi penyabar dan boleh istiqamah dalam mengerjakan sesuatu perkara itu yang agak berat. Disinilah kita perlu didik diri.Sabarkan tu kan separuh dari iman...hihihi..

4.Asal usul. 
Bila kita sudah berjaya dan telah berada di atas jangan lupa untuk memandang ke bawah. Satu tika dulu kita dah pernah berada di bawah, bantulah pula insan lain yang memerlukan untuk naik.

Sebagai kesimpulan, sesuatu perjalanan kemana sahaja tempat yang kita tuju, pasti akan memberi sedikit pengajaran. Sebab itu kita digalakkan untuk berjalan, bermusafir mencari dan menikmati keindahan alam ciptaan yang masa esa.



=============

Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com


Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget