Wednesday 20 July 2016

3 Tips berhadapan dengan manusia



Tips ini mungkin berguna bagi anda yang sering berhadapan dengan orang. Tidak kira kita siapa, sama ada usahawan, guru, penyarah atau sesiapa sahaja yang kerap kali berurusan dengan manusia.

Semalam saya dah cuba dalam kelas saya. Bukan apa, ini pertama kali mengajar subjek baru yang agak susah dikaca mata pelajar. Saya lihat dan ambil feedback dari penyarah dari semester yang sebelumnya. Hasil dapatan dan perbincangan adalah semuanya kearah aura yang negatif. 

Akan tetapi, tidak mengapa saya cuba juga untuk mempositifkan diri ditambah pula saya telah baca buku "Bagaimana Hendak Mendapat Kawan & Mempengaruhi seseorang".

Saja saya hendak mencuba tips yang diberikan. Nampak gayanya hari pertama masuk memang sangat positif, pelajar seronok, memberikan tumpuan 100%, dan fokus kepada apa yang saya cakapkan. Memang berhasil. Harap berterusan lah.

Hari pertama saya masuk, selepas saya berikan rule & regulation dalam kelas, saya puji-puji mereka, bagi kata-kata positif, dan yang pasti saya tidak kritik mereka langsung dan last sekali saya cuba bangkitkan keinginan bagaimana mereka boleh berjaya dengan belajar subjek yang saya akan ajar itu bukan sahaja untuk lulus peperiksaan malahan berguna untuk digunakan pada masa hadapan. 

Ini ringkasan tips tersebut.
Prinsip asas dalam menghadapi seseorang
1)Jangan mengkritik, menghukum atau merungut.
2)Berikan penghargaan yang ikhlas dan murni.
3)Bangkitkan keinginan yang membara dalam diri orang lain..
-Dipetik dari hasil tulisan Dale Carnegie-


Selamat mencuba



=============

Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget