Monday 4 July 2016

Tips Langkah Keselamatan Sebelum Pulang Berhari Raya Di Kampung


Ditulis Oleh: Fidzah Zainol
Hanya tinggal beberapa hari lagi raya akan menjelang. Kelihatan warga kota mula berpusu-pusu hendak pulang ke kampung. Ada yang pulang dengan pengangkutan awam dan
ada pula yang memandu kenderaan sendiri. Berikut adalah tips langkah keselamatan untuk anda balik kampung
dengan selamat.
1. Kemas barang awal
Pastikan keperluan barang untuk bercuti raya dikemaskan awal bagi mengelakkan anda tertinggal barang
Jangan lupa juga bawa alat kelengkapan keselamatan kenderaan kerana ia amat berguna ketika kecemasan dan kerosakan kecil.
2. Servis kenderaan.
Bagi yang pulang dengan kenderaan sendiri, seeloknya kenderaan anda diservis bagi mengelak sebarang masalah ketika dalam perjalanan kelak.
Antaranya periksa tekanan tayar termasuk angin tayar simpanan, periksa minyak hitam, minyak gear, minyak brek, minyak ‘power steering, cecair penyejuk, penapis udara dan lain-lain lagi.
3. Rehat yang mencukupi.
Pastikan badan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan terutamanya bagi pemandu kenderaan.
4. Barang berharga dan matikan plug.
Pastikan barang berharga seperti barang kemas disimpan dengan elok ditempat yang selamat.
Pastikan kepala gas dicabut dan semua suis plug dimatikan. Periksa semua pintu dikunci. Jika ada kenderaan yang ditinggalkan di rumah seperti motorsikal dan basikal hendaklah ia dikunci dan dirantai.
5. Baca doa.
Sebelum memulakan perjalanan seeloknya dimulakan dengan adab-adab menaiki kenderaan dan bacaan doa.
6. Pandu secara berhemah.
Memandulah secara berhemah dengan mematuhi garis panduan keselamatan. Pastikan berada di lorong yang betul.
Jangan memotong tanpa memberi isyarat dan bawa kenderaan mengikut kelajuaan yang bersesuaian.
Paling penting jangan menyalahgunakan LORONG KECEMASAN tauuu..
7. Elakkan tekanan.
Cuba elakkan diri dari menjadi tertekan bila berlakunya kesesakan dan cuba hadapi dengan tenang. Pastikan emosi anda stabil.





image
Antara punca tekanan. Gambar diambil sewaktu pulang berhari raya suatu masa dulu. Kena beratur nak masuk toilet

Jangan cepat marah-marah tau. Elakkan juga dari mengekori kenderaan lain terlalu rapat. Sentiasa patuh peraturan jalan raya.





image
Bila jalan jem, kami selfie la.

8. Berehatlah seketika jika penat memandu. Bawa tikar, kain batik atau kain pelekat untuk buat alas tempat duduk.
Berdasarkan pengalaman kami yang selalu travel waktu kemuncak seperti musim perayaan ni, R&R memang sentiasa penuh dengan manusia.
Apa yang kami buat, kami makan bawah pokok yang ada beralaskan kain batik sahaja untuk makan. Tapau makanan dari rumah.






image
Kami sekeluarga berkelah bawah pokok di R&R
Selamat Hari Raya.
Hati-hati memandu semua.
Ingat yang tersayang😎😎

=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sinihttp://www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini http://www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget