Tuesday 26 July 2016
Idea Perniagaan: Antara Suratan atau Kebetulan
Ramai orang mendapat idea perniagaan daripada pelbagai cara dan sumber. Ada yang mendapat ilham dan idea daripada dalam mimpi, ada yang mendapat idea daripada melihat perniagaan orang lain, ada yang mendapat idea perniagaan hasil daripada pembacaan dan
sebagainya.
Tapi kebanyakannya idea perniagann kadang-kadang datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
Saya ingin kongsikan bagaimana saya mendapat ilham untuk membuat perniagaan dodol. Semuanya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
Ceritanya begini. Suatu hari saya mendapat undangan daripada Koperasi untuk menghadiri seminar. Pada masa yang sama pihak penganjur akan membuat jamuan hari raya dan meminta untuk menaja makanan/kuih raya untuk majlis tersebut.
Pada permulaan saya rasa malang dan agak tertekan dengan permintaan tersebut tambahan lagi pihak penganjur telah menetapkan yang saya kena membawa dodol untuk majlis tersebut.
Bermulalah kisah saya mencari pembuat dodol yang sedap disekitar tempat tinggal saya. Selepas beberapa hari mencari dan bertanya orang sekeliling dapatlah saya berjumpa dengan pengusaha IKS produk dodol. Mungkin kebetulan atau telah ditakdirkan.
Saya lihat dodol yang dibuat adalah sedap dan pengusaha tersebut ada masalah untuk memasarkan dodol yang sedap tersebut. Saya menawarkan diri untuk menjadi syarikat pemasar syarikat tersebut. Alhamdulillah pengusaha IKS tersebut juga berminat untuk bekerja sama dengan saya. Kira kami ni macam membuat join venture la.
Selepas itu kami antara dua pihak membuat beberapa pesetujuan termasuk menetapkan harga, terma dan syarat serta lain-lain lagi. Sehinggalah kehari ini perniagaan dodol saya masih wujud.
Sebab tu dalam kelas, saya selalu berpesan kepada pelajar saya, jika mahu berniaga, perkara pertama perlu dibuat adalah daftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Selepas itu insyaallah idea akan datang menyusul.
Jika tiada idea untuk berniaga apa tidak mengapa, yang penting ambil langkah pertama iaitu daftar SSM terlebih dahulu menandakan kita serius untuk memulakan perniagaan.
Saya mendapat ilham dengan cara ini, anda pula mungkin dengan cara lain. Masing-masing ada cara dan rezki masing-masing dalam mendapat ilham dan idea untuk berniaga. Teruskan berdoa, insyaalla pasti ada jalannya untuk berniaga.
Idea pasti akan datang selepas kita daftar SSM. Cuba lah...
=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka
Labels:
Perniagaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment