Dalam posting sebelum-sebelum ini saya ada bercerita tentang perniagaan tanpa modal disini. Sebenarnya ada banyak cara dan teknik dalam berniaga tanpa
modal ini.
Tapi kali ini, saya nak berkongsi bagaimana kita bermain dengan "credit term" apabila berurusan dengan pembekal supaya "cash flow" syarikat sentiasa baik.
OK.Biasanya apabila berurusan dengan pembekal, pembekal akan meletakkan "credit term" iaitu berapa peratus bayaran pendahuluan perlu dibuat dan berapa lama bayaran penuh perlu diselesaikan.
Jadi sebagai usahawan yang bijak kita kena pandai bermain dengan "credit term" ini. Kita cuba berunding dengan pembekal supaya memberi tempoh bayaran selama mana yang boleh. Biasanya kita perlu membuat bayaran secara CASH atau dibenarkan membayar dalam masa 15 hari, 30 hari, 60 hari paling lama pun 90 hari kepada pembekal kita. Kalau kita dapat deal bayar dalam masa 90 hari memang terbaik lah. Ia bergantung pada nature perniagaan kita juga dan bagaimana kita berunding serta rekod dan tempoh perkenalan kita dengan pembekal tersebut..
Akan tetapi bila saya berurusan dengan pelanggan pula, ia bersifat songsang..kita kena sedaya upaya meminta mereka membayar secepat mungkin. Kalau boleh deal dengan pelanggan untuk membayar cash. Kalau mereka minta untuk berhutang, Cuba berunding supaya pelanggan kita boleh membayar secepat mungkin. Kalau dapat bayar dalam masa 15 hari lagi baik.
Dari segi pembayaran deposit pula, kita perlu berunding dengan pembekal supaya kita dibenarkan untuk membuat bayaran seminima yang boleh. Kalau boleh, cuba tidak perlu membayar apa-apa deposit lagi baik.
Tetapi jika berurusan dengan pelanggan sendiri pula, macam biasa ia bersifat songsang. Cuba minta pelanggan kita bayar deposti sebanyak yang boleh. Kalau dapat minta mereka bayar full lagi baik.
Sebagai kesimpulan, ramai usahawan yang tidak pendai bermain dengan credit term ini terutamanya usahawan baru. Credit term + communication skill = Successful Business. So, belajar-belajar lah ilmu ini ye.
Note: Topik kali ini agak berat bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Kalau tak faham dan nak tanya boleh hubungi saya menggunakan contact form di sidebar. Saya sedia menerangkan pada anda. Insyaallah..
Contoh Invoice syarikat yang memaparkan "credit term" |
=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka
nice info.
ReplyDeletenice info.
ReplyDelete