Monday 15 April 2013

Bercuti di Permaisuri Resort Port Dickson

Bercuti di Permaisuri Resort Port Dickson

Semalam berpeluang bermalam di Permaisuri Resort di Port Dickson. Macam biasa tempahan aku buat melalui Agoda. Dapatlah rate RM188.00 untuk satu malam termasuk sarapan untuk 2 orang. Anak-anak kecil lagi so tiada caj untuk sarapan mereka. Alhamdulillah.


Hotel ni pada ada sangat puas hati. Bilik yang sangat luas. Walaupun luas tapi hanya katil queen sahaja yang ada. Tidak jadi masalah sebab anak-anak masih kecil mereka tido atas toto yang kami bawa. hehehe..Tu la untungnya bila anak masih kecil. Lepas ni kalau anak-anak dah besar mesti kena fikirkan juga katil untuk mereka tido.

Untuk tahap kebersihan pada aku resort ini bersih dan well maintainlah. Kolam renangnya juga sangat besar. Ada kolam untuk dewasa dan juga kanak-kanak. 

Pantainya juga tidak jauh dari resort. Jalan kaki sahaja nak pergi ke belakang tu. Tapi pantai di sini pada aku pasirnya kasar jika hendak dibandingkan dengan Teluk Kemang sana.


Bercuti di Permaisuri Resort Port Dickson

Bercuti di Permaisuri Resort Port Dickson

Bercuti di Permaisuri Resort Port Dickson

Bercuti di Permaisuri Resort Port Dickson
dari atas kelihatan ada bumbung yang telah bocor. hehehe

Bercuti di Permaisuri Resort Port Dickson

Bercuti di Permaisuri Resort Port Dickson

Bercuti di Permaisuri Resort Port Dickson

Apa pun pada aku sangat puas hati percutian kali ni dapat jalan-jalan Port Dickson. Dapat mandi kolam, mandi laut dan boleh rehat bersama anak dan isteri. Aku cadangkan kalau nak datang hotel ini ok sahaja. Sangat recommended.

Sekian sahaja perkongsian aku. babai...

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget