Thursday 17 October 2013

Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Bertemu lagi pada entry kali ni. Terima kasih kepada pembaca blogku sekalian yang terus membaca dan menyinggah ke blog yang tak seberapa ni.

Psstt..psstt mai dekat mai..ni nak habaq..hahahaha..untuk pengetahuan ampa semua, ini adalah kali pertama cheq menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Hehehehe.. Tak tau nak sedih atau gembira. Di usiaku begini baru berpeluang datang ke sini.


Agak jakun sikit la bila pertama kali sampai kan? Sebaik boleh kawal perasaan excited tu...Aku pergi bersama anak dan wife aku bertolak dari Sungai Petani. Macam wife aku, dia pernah sampai ke sini suatu masa dahulu. Kiranya ini kali ke dua dia sampai Cameron.

Kisah kenapa aku tersinggah ke sini adalah on the way nak balik Melaka, dan pada masa yang sama cuti masih ada lagi..Alang-alang nak balik ke Melaka aku singgah la Cameron. Bila lagi kan? Untuk perjalanan pergi ke Cameron aku melalui jalan Simpang Pulai. Zaaazzzz.....terus kereta aku membelah jalan berbukit tu.

Hotel aku booking seminggu awal sebaik ada kosong. Bila sampai di Cameron aku tengok tak la ramai macam biasa kawan-kawan aku pergi waktu cuti sekolah. Hari aku pergi ni bukan hari cuti sekolah. So nasib kami baik tidak sesak sangat. alhamdulillah

Aku menginap di Parkland Hotel area Brincang. Pertama kali sampai pelik sebab bilik tiada aircond dan kipas. Tapi water heater ada. Hati ku berbisik "pelik ni".hehehe..Yer lah kawasan sejuk kan? Mana nak ada aircond atau kipas.

Lepas bermalam baru aku tau kenapa..Perghhhh sejuk bak hang lagi sejuk dari aircond aku rasa. Malam tu aku tido terasa sangat kesejukan dia walaupun berselimut tebal. 

Tapi kalau kita baca sejarah dan kisah dahulu, Cameron Highland ni sebenarnya lagi sejuk dari yang sekarang ni. Sekarang ni dah banyak pembangunan so ia tak sesejuk waktu dahulu zaman 80-90an.



Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Jalan-Jalan ke Cameron Highland

Antara beberapa tempat yang sempat aku singgah adalah seperti Avan Chocholate, MARDI Agrotechnology Park, Lavender Garden, Air Terjun Robinson, Ladang Teh Boh, ladang strawberry, kaktus dan lain-lain tempat lagi.

Aku rasa tempat aku paling tenang dan best pergi adalah aku minum-minum di suatu restoran tu betul-betul sebelah ladang teh, Sambil menghirup teh, mata dihidangkan dengan pemandangan yang mendamaikan dan menghijau. Sejuk je mata waktu tu. Sampai sekarang aku terkenang-kenang tepat itu.

Tempat untuk aku anak beranak cari makan pun tak perlu bimbang. Di sini mudah untuk para pengunjung mendapatkan makanan yang sedap-sedap.

3 hari 2 malam aku disini sangat puas la aku dan anak-anak berjalan. Al-maklumlah pertama kali. Sudah pasti teruja dan seronok. Aku tengok kawan aku setahun 2-3 pergi Cameron Highland ni. Mana pernah bosan. 

Tiba waktu balik pula, aku lalu ikut jalan Tapah..Perghhhh punyalah seram. Seram bukan sebab apa, tapi sebab jalan yang sempit dan berselekoh sana-sini. Waktu aku turun tu hujan pula..Perghhhh...Ada satu selekoh tu kereta aku berselisih dengan lori, jadi aku terpaksa beri lori dari laluan bertentangan untuk jalan terlebih dahulu.

Jalan sikit lagi, sampai satu selekoh lain, ada air mencurah-curah turun dari tebing..Jadi aku kena "makan" jalan sedikit untuk mengelakkan kereta aku daripada terkena air yang turun dari tebing tersebut. Sebelah tepi sana tu pula gaung, silap percaturan.....perghhh..takmo cakap la...Memang kena memandu extra berhati-hati.

Pepun alhamdulillah aku akhirnya selamat turun dan masuk ikut tol Tapah untuk meneruskan perjalanan pulang ke Melaka.

Sekian sahaja coretan aku buat kali ni. babai

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget