Tuesday 1 November 2016

Bagaimana Uber beroperasi???

Bagaimana Uber beroperasi???


Uber merupakan satu aplikasi yang menggunakan teknologi terkini menggunakan platform telefon pintar, dimana akan berlaku perhubungan terus antara pengguna dan pemandu uber. Yer..Hanya dihujung jari sahaja!
Di bandar yang terdapat aplikasi uber, pelanggan boleh menggunakan telefon pintar untuk menggunakan khidmat pemandu uber. Seterusnya pemandu uber berhampiran
dengan lokasi pelanggan akan menerima isyarat permintaan daripada pelanggan tersebut. Mereka akan menjemput pelanggan di lokasi yang diingini. Di aplikasi telefon pintar pelanggan akan terpapar ETA (estimated time of arrival) dan pelanggan boleh melihat pemandu uber sedang menghampiri lokasi anda menunggu.
Dalam aplikasi uber, pelanggan boleh mengetahui siapa yang akan mengambilnya termasuk nama mereka, jenis kereta dan juga nombor pendaftaran kereta. Begitu juga dengan pemandu uber, mereka boleh melihat nama dan nombor telefon pelanggan. Ini akan membantu pemandu-pelanggan mengenali antara satu sama lain di tempat lokasi pertemuan.
Gunakan aplikasi uber untuk memasukkan lokasi ingin dituju bila-bila masa sama ada sebelum perjalanan atau dalam perjalanan. Jika pelanggan mempunyai jalan utama anda sendiri, pelanggan boleh berbincang bersama pemandu uber.
Apabila pelanggan telah tiba di destinasi yang ditujui dan sebelum pelanggan keluar daripada kenderaan, tambang secara automatik akan dikira oleh sistem uber mengikut kepada cara pembayaran pelanggan. Jika akaun pelanggan didaftarkan dengan cara bayaran kad kredit, maka bayaran akan di tolak terus dari akaun kad kredit pelanggan. Jika pelanggan memilih bayaran secara tunai, pelanggan perlu menjelaskan bayaran tunai kepada pemandu uber.
Sejurus setelah tiba di destinasi tujuan, aplikasi uber akan terus meminta pelanggan untuk memberi rating kepada pemandu uber tersebut. Rating antara 1 - 5 bintang. Begitu juga pemandu uber. Mereka juga akan memberi rating kepada pelanggan antara 1 - 5 bintang juga. Sistem uber direkacipta untuk pemandu dan pelanggan sentiasa respek dan bertanggungjawab antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget