Thursday 24 November 2016

5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan T-Shirt Printing

5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan T-Shirt Printing



Setelah sekian lama blog ini bersarang, baru saya rasa hendak menulis sesuatu yang baru. Idea ini saya dapat daripada salah seorang pelajar saya yang bertanya macam mana saya memulakan perniagaan t-shirt printing.
Saya berpandangan, walaupun ilmu itu kita ada, akan tetapi ia juga
perlu kuasa tindakan yang sememangnya tidak akan ada pada semua orang. sebab itu saya tidak lokek untuk berkongsi macam mana saya memulakan perniagaan cetak baju saya.

Berikut langkah-langkah yang perlu.
1) Daftar syarikat.

Pendaftaran syarikat adalah penting. Ini supaya kita tidak melanggar akta kerana berniaga tanpa lesen yang sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah satu kesalahan. Selain itu perniagaan yang berdaftar secara sah juga akan dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada syarikat kita. 


2) Cari pembekal

Okay, sekarang anda ada dua pilihan sama ada ingin membuat perniagaan t-shirt printing daripada A to Z atau sekadar perniagaan trading. Macam saya, saya memilih untuk membuat perniagaan trading. Jadi adalah penting untuk mencari pembekal yang boleh membekal baju siap paling murah kepada kita. Pembekal akan membuat semuanya..Daripada penyediaan baju sehinggalah kepada cetakan dan sulaman baju tersebut. Kita hanya membuat "promotion" sahaja.

Adalah menjadi kebiasaan apabila pembekal tidak melayan (sombong) kepada kita kerana al-maklumlah kita belum berniaga dan pembekal pun belum percaya kepada kita. Jadi, gunakan kemahiran berunding kita untuk meyakinkan mereka.

Ada juga pembekal yang meminta kita salinan SSM untuk pastikan yang kita benar-benar serius dalam berniagan t-shirt printing dan ada juga pembekal yang mengenakan yuran tertentu. 

Kalau boleh carilah pembekal yang berada berhampiran dengan alamat perniagaan kita dan cari "kilang yang betul-betul kilang". Maksudnya cari pembekal yang boleh membuat semua kerja A-Z dan pastikan mereka juga bukan orang tengah. Ini kerana kita akan dapat harga yang paling murah nanti..Kebiasaannya kilang akan memberi kita "harga istimewa" yang sudah pastinya lebih mudah dari harga market(final customer).

Buatlah perjanjian perniagaan dengan mereka. Di sinilah terma dan syarat tentang harga dan kredit term ditentukan, Ini semuanya memerlukan kemahiran berunding. Saya dulu pun berpeluh juga mencari pembekal ni. 

Apabila pembekal telah yakin dengan kita, kerana kita telah beri banyak job pada mereka, maka kita akan ada power. Kita boleh minta credit term yang palingggg bagus termasuk hutang dahulu, push untuk mereka buat urgent job dan lain-lain lagi kelebihan sekiranya kita telah ada jalinan ukhuwah yang baik dengan pembekal. So, Selamat berjaya yer..

3)Buat kad perniagaan

Setelah berdaftar dengan SSM, maka tiba pula masa untuk anda membuat kad perniagaan anda. Ini penting sebagai alat untuk anda memasarkan perniagaan anda. Apabila berjumpa dengan prospek, berilah mereka kad perniagaan anda tersebut.

4) Buat Marketing

Ada pelbagai cara anda boleh buat sama ada gunakan media sosial. blog atau boleh gunakan cara traditional dalam mempromosikan perniagaan t-shirt printing anda. Kalau nak cerita bab marketing ni memang panjang. 3 tahun belum tentu habis. 

5) Uruskan pelanggan

Maksudnya disini adalah apabila terdapat pelanggan yang bersetuju untuk membuat tempahan dengan syarikat kita, kita perlu uruskan tempahan tersebut. Deal dengan pembekal kita dan apabila tempahan telah siap, kita kena buat penghantaran kepada pelanggan.

Sekian harap ianya bermanfaat terutamanya kepada mereka yang berhajat untuk membuat perniagaan t-shirt printing. Saya doakan anda berjaya dalam perniagaan anda..aminnn


TQ




=============

Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sini www.bikinbajushop.com

Ingin makan dodol??Klik sini www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget