Tuesday 20 December 2016

3 Kelebihan Menggunakan Aplikasi Uber Di Malaysia

Kelebihan Menggunakan Aplikasi Uber Di Malaysia


Senarai berikut adalah kelebihan menggunakan perkhidmatan aplikasi Uber. Secara tradisional apabila kita menggunakan khidmat teksi, antara isu berbangkit adalah:

1) Menunggu di luar rumah dan begantung pada nasib. Jika ada teksi yang lalu cepat lah dapat bergerak, jika tidak perkara sebaliknya akan
berlaku.

2) Tidak tahu menganggar harga tambang sebelum menaiki teksi. Ini antara perkara seram yang sering digeruni penumpang. Terutama jika pengangkutan hanya dalam bandar jarak dekat dan berlaku kesesakan.

3) Pemandu teksi tidak terikat dengan etika. Maknanya jika pemandu teksi buat salah, ia tidak memberi kesan kepada kelayakan untuk terus memandu. Penumpang susah kerana tidak ada tempat menilai untuk setiap pemandu teksi.

4- Penumpang tidak tahu jarak terpendek untuk ke destinasi supaya dapat meminimumkan harga tambang.

5) Perlu menyediakan tunai secukupnya atau duit kecil terutama pemandu teksi yang tiada duit tukaran.

6) Meter teksi boleh diubahsuai. Zaman 2016 rasanya masalah ini sudah terpencil.

7) Ada segelintir kebanyakan pemandu teksi enggan menggunakan meter dalam situasi tertentu.

8) Pemandu teksi menolak destinasi tujuan jika tidak menguntungkan seperti ada kesesakan trafik.

Berbeza dengan Uber yang menggunakan tagline "Everyone's Private Driver", kualiti perkhidmatan pemandu Uber lebih tinggi berbanding teksi bajet tetapi pada harga yang lebih rendah. Mari kita lihat satu persatu apa kelebihan menggunakan perkhidmatan Uber yang menjadikan ia pilihan semakin ramai orang.

1) Rider boleh request on demand. Maknanya bila anda dah siap siap bersolek, anda boleh terus request pemandu Uber sambil tonton Astro. Apabila pemandu Uber sudah sampai depan rumah barulah keluar. Bagus kan?

2) Bila anda buka aplikasi Uber, anda boleh lihat kedudukan terkini pemandu dan jumlah mereka. Bila request anda diterima, anda boleh lihat ia bergerak menghampiri anda. Anda tahu berapa lama lagi pemandu anda akan sampai (ETA - Estimate Time Arrival) dan anda tahu jika pemandu Uber tersesat jalan. Anda juga boleh hubungi pemandu tersebut untuk terangkan lokasi anda.

Kelebihan Menggunakan Aplikasi Uber Di Malaysia


3) Anda tahu tambang yang bakal dikenakan sebelum anda menggunakan khidmat tersebut. Boleh semak di sini untuk daerah Kuala Lumpur, Penang, Ipoh, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bahru.

Hendak tahu bagaimana kadar tambang Uber dikira?

Klik link di bawah. Kadar tambang adalah tetap dan tidak akan berubah kerana segalanya adalah automatik. Tidak perlu gusar tentang perkara tersebut lagi kan :) .


Kelebihan Menggunakan Aplikasi Uber Di Malaysia

Kelebihan Menggunakan Aplikasi Uber Di Malaysia


4) Pemandu Uber terikat dengan kod etika. Setiap kali selepas selesai menggunakan perkhidmatan Uber, rider wajib berikan rating pada perkhidmatan pemandu tersebut dari skala 1 hingga 5. Pemandu dengan rating rendah (bawah 4.6 rasanya) akan hilang kelayakan mendapatkan insentif tunai. Jadi semua pemandu Uber adalah pemandu yang sopan, smart dan baik kerana hendak pastikan mendapat insentif tunai tersebut. Siapa tidak mahukan duit yer?. Setiap pemandu Uber digalakkan buka pintu untuk rider. Tapi ada juga rider yang nak cepat dan buka pintu sendiri apabila kereta sampai.

5) Applikasi Uber berintegrasi dengan peta Google maps atau Waze. Jadi anda boleh lihat sendiri jarak dan laluan yang disediakan. Tetapi jika anda ada shortcut yang anda mahu pemandu anda gunakan, tak jadi masalah untuk anda tunjukkan arah.

6) Sistem Uber menggunakan pembayaran elektronik atau cash. Jadi anda tidak perlukan tunai untuk menggunakan khidmat Uber. Tak perlu risau masalah tak cukup duit atau tiada tukaran wang kecil. Anda juga boleh pilih pembayaran tunai.

7) Anda boleh menikmati perjalanan percuma dengan berkongsi kod referral anda pada rakan rakan atau menggunakan kod kod promosi yang diberikan Uber melalui sms. Contohnya kod saya EUPW46TGUE . Bagi yang baru tentang Uber ini sila masuk Promo / Referrer Code tersebut untuk dapatkan tawaran menarik.

 Selain itu, tambang Uber juga murah jika dibandingkan dengan perkhidmatan lain.

8) Pemandu Uber terikat dengan acceptance rate untuk menikmati insentif tambahan dari Uber. Jika mereka menolak request dari rider adalah sesuatu yang cuba dielakkan pemandu.

9) Kereta Uber lebih cantik, bersih dan selesa. Seperti kereta saya Proton Myvi SE yang baru berusia 2 tahun lebih. Syarat untuk kereta Uber adalah 1300cc ke atas, tiada modifikasi, tiada cacat cela kemalangan, bersih, air cond berfungsi, tidak berbau dan usia kereta maksimum 7 tahun. Ada pemandu yang menggunakan kereta-kereta yang mewah.

10) Alternatif selain teksi dan bas. Lagi banyak alternatif pengangkutan lagi bagus untuk pengguna membuat pilihan bijak.

11) Kita akan menerima nombor HP pemandu tersebut, sangat berguna apabila pemandu Uber tersebut tersesat jalan tidak jumpa lokasi kita contohnya apabila dalam bandar.


Jadi, tidak hairanlah kenapa orang ramai memilih aplikasi Uber dan memandangkan isu berkaitan pemandu teksi dan isu pengangkutan awam lain yang kurang disenangi berlangsung begitu lama serta tidak berkesudahan, kini tibalah masa untuk pengguna memilih yang terbaik untuk mereka.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget