Wednesday, 15 March 2017

Menginap di De Centrum Residence Kajang

De Centrum Residence Kajang

Salam sejahtera kepada pembaca semua. Haaa hari ini aku nak share berkenaan dengan pengalaman aku menginap di De Centrum Residence Kajang.

Tempahan di buat melalui booking.com. Cari punya cari aku jumpa De Centrum Residence ini yang pada aku sesuai dengan budget aku.


Sebenarnya aku menginap di sini kerana ada urusan kerja di Beranang. Jadi untuk menginap aku sengaja pilih area Kajang yang pada aku tidaklah jauh sangat dengan
Beranang sebenarnya.

De Centrum Residence ini adalah merupakan apartment 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Pada aku tempat ini best sebab dia ada kolam renang. Ini adalah kriteria utama aku apabila memilih tempat menginap. Aku dan anak-anak ada hobi yang sama iaitu berenang.

Apartment ini kelihatan baru. Tapi tak pasti bila ia dibina.

Lokasi apartment yang dibawahnya bersambung dengan mall. So mudah untuk aku mencari makanan di sini. Ada fast food dan mamak. huhuhu..


De Centrum Residence Kajang
Bilik utama. dah macam nak berhoneymoon pula aku rasa.

De Centrum Residence Kajang
bilik kedua

De Centrum Residence Kajang
ruang tamu
Dekorasi rumah yang menarik pada aku. Kelengkapan semua lengkap. Ada smart tv, wifi serta lain-lain kemudahan seperti yang ada dalam rumah sendiri.

Kolam renang dewasa, ok lah besar. Puas aku berenang. Ada jakuzi di hujung kolam renang. Untuk kawasan kolam renang kanak-kanak pada aku ia tidak lah terlalu besar. Tapi boleh lah buat anak-anak aku mandi.


De Centrum Residence Kajang

De Centrum Residence Kajang

De Centrum Residence Kajang


De Centrum Residence Kajang
kat belakang tu orang panggil infinity pool
Apartment ni pada aku lengkap dengan gym, ada playground untuk kanak-kanak. 

Pada aku pengalaman yang menarik dan menyeronokkan menginap di sini. Sekian jumpa lagi pada entry akan datang.

Babai.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget