Tuesday, 17 October 2017

Update iOS 11.0.3 Pada Iphone 5s

Update iOS 11.0.3 Pada Iphone 5s



Alhamdulillah..

Pertama kali buat sendiri restore iOS guna iTunes. Berbekalkan bacaan dan tutorial internet dan sedikit keberanian akhirya BERJAYA!!
Rupa-rupanyanya senang. Dari kita update dengan cara "On the air"(OTA), lebih baik guna iTunes.

Baru semalam tahu yang rupanya, Ada beza update guna OTA atau guna iTunes dan Ada beza update iOS sahaja dan Restore iOS

Rajin membaca, kita akan

berjaya. Insyaallah..

Panduan lengkap kemaskini iOS 11 boleh baca disini: http://www.aug.my/apa-yang-anda-perlu-tahu-dan-panduan-lengkap-mengemaskini-ios-11/

Tapi kenapa aku nak update iOS ini?

Sebenarnya begini kisahnya..Sebelum ini aku guna iOS 10.0.3. Kemudian apabila ada iOS 11 ini ingat nak update lah. Aku update guna On the air sahaja (OTA). Selepas update iphone jadi macam berat. Tidak seperti sebelum ini. Macam tak best je.

Selepas itu Apple keluarkan iOS 11.0.2 pula. Aku pon terus update. Guna On the air (OTA) juga. Tapi macam tak banyak berubah. Macam berat juga. Sehinggalah aku jumpa artikel ini yang menceritakan  perbezaan update guna OTA dengan guna iTunes. Boleh baca artikel itu disini: http://www.aug.my/kemas-kini-ios-air-ota-vs-itunes/

Seminggu selepas Apple keluarkan iOS11.0.2, mereka keluarkan pula iOS 11.0.3. Tanpa tunggu masa yang panjang aku terus update guna iTunes. Ini aku buat selepas rupanya bila update guna iTunes ni banyak kelebihannya. Semangat ni beb. Ok tu memang la ok selepas update iOS 11.0.3 ni. Tapi...Selepas itu, aku terjumpa pula artikel ini. http://www.aug.my/kemas-kini-ios-itunes-update-ios-vs-restore-ios/



Rupanya kalau kita update guna iTunes sekalipun tetap ada perbezaan update iOS di iTunes vs restore iOS di iTunes.

Apa lagi tanpa fikir panjang..Terus aku ikut saranan dalam artikel itu. Hasilnya?? Memang terbaik. Superb!!

Nasihat aku. Korang pengguna iphone tu, silalah buat restore iOS di iTune apabila Apple ada keluarkan major update. Nak tahu pula apa itu major update vs minor update?? Baca sini http://www.aug.my/kemas-kini-ios-major-update-vs-minor-update/

Akhir kata. Terima kasih kepada penulis di blog Apple User Malaysia. Tanpa anda, siapalah saya.



================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget