Saturday 28 October 2017

Keunikan Forest City Yang Patut Anda Ketahui

Keunikan Forest City Yang Patut Anda Ketahui

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca 
blog saya sekalian. 

Acap kali saya terlihat kawan-kawan share tentang 
Forest City yang terletak di Johor. Forest City ini berada 
dalam kawasan Gelang Patah. Hasil dari perkongsian 
tersebut tempat itu macam 

menarik dan sesuai bawa anak-anak berjalan ke sana untuk 
santai-santai.

Jadi pada hari ini, alang-alang dalam perjalanan pulang ke 
Bandar Penawar, Desaru saya cuba melapangkan masa 
untuk menjengah Forest City ini yang menjadi bualan 
netizen sejak akhir-akhir ini.

Jadi aritikel ini ditulis adalah berdasarkan pemerhatian saya 
sewaktu berkunjung ke sana.

Keunikan Forest City Yang Patut Anda Ketahui
Di permulaan jalan masuk ke sini, pengunjung telah disajikan dengan
pemandangan lanskap yang cantik

APA ITU FOREST CITY??

Senang cerita macam ini lah..Forest City ini merupakan 
kawasan bandar baharu yang sedang giat dalam pembinaan. 
Saya sempat berbual dengan konsultan hartanah sewaktu 
ke bilik pameran disitu. Katanya kawasan ini meliputi 
Pulau buatan yang meliputi 7 pulau.

Jangkaan siap sepenuhnya adalah pada tahun 2035. 
Pembinaan dibuat secara berperingkat. So pada hari 
ini kalau anda berkunjung ke sini sebenarnya ada 
berkunjung ke galeri pameran. Syarikat yang 
memajukan kawasan ini adalah syarikat dari China 
bernama Country Garden dengan kerjasama 
Sultan Johor dan beberapa syarikat tempatan.

Sewaktu saya berbual dengan konsultan hartanah 
di sana, rata-rata hartanah telah sold out untuk 
fasa-fasa awal. Untuk pengetahun, seperti mana 
yang dimaklumkan kepada saya oleh konsultan 
hartanah tersebut hampir kesemua hartanah di sini 
dibeli oleh foreigner kerana status hartanah di sini 
berstatus international.

Saya bertanya berapa harga minimum hartanah di sini. 
Katanya paling rendah dengan unit paling kecil adalah 
RM600++ K untuk kondominium/apartment. Bagi lot 
banglo harga bermula dari RM5 juta hingga RM20 juta.

Keunikan Forest City Yang Patut Anda Ketahui
Yang tagging warna merah tu, menunjukkan bangunan tu semua telah
sold out

Keunikan Forest City Yang Patut Anda Ketahui
Prototype keseluruhan pembangunan di sini ada disediakan
di tingkat 2 untuk tontonan umum

Menurut konsultan hartanah ini lagi, jika kita membeli 
rumah di sini, sebenarnya kita membeli sekali dengan 
facility & environment dia sekali. 

Apa yang menarik??

Beliau menambah, kawasan di sini apabila siap kelak, 
di bahagian atas adalah semua kawasan pejalan kaki. 
Kenderaan semua akan 
melalui jalan bawah..Seolah-olah kawasan ini seperti 
dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan..
Tingkat atas adalah laluan pejalan kaki. Maksudnya 
kalau ada anak-anak, boleh lah dianggap selamat 
kerana tiada kenderaan yang lalu lalang di sini. 

Kalau tak faham apa yang saya tulis ni, sila lah 
berkunjung sendiri ke sini ya..Lagi jelas sebab prototype 
keseluruhan kawasan ini ada di galeri jualan di 
tingkat atas.

Apabila telah siap sepenuhnya nanti tahun 2035, 
untuk access kesemua kawasan yang besar ini, 
akan disediakan buggy car yang boleh membawa 
semua penduduk dan pengunjung di sini secara 
percuma. Buggy car yang caj guna elektrik tu. 
Mesra alam gitu. Terdapat juga LRT disini 
yang akan memudahkan para penduduk dan 
pengunjung untuk bergerak kemana-mana.

Keunikan Forest City Yang Patut Anda Ketahui
Zoom in. Nampak tak seolah-olah macam ada dua tingkat seperti
yang saya cakap kat atas tadi.

Bangunan di sini semua akan dihiasi dengan 
tumbuhan-tumbuhan hijau di setiap tingkat 
bangunan kalau dilihat di galeri jualannya. 
Sesuai dengan namanya Forest City.

Apa yang menariknya disini, anda dilayan 
dengan mesra sejak dari masuk ke parking 
hingga lah ke galeri pameran yang berada 
di tingkat atas. Walaupun mereka tau saya 
tidak mampu membeli. Hehehe..Ada pelbagai 
mainan, playground disediakan untuk 
anak-anak bermain disini secara percuma.

Keunikan Forest City Yang Patut Anda Ketahui
Playground untuk anak-anak bermain. Ayah boleh sembang-sembang
dengan konsultan hartanah.

Keunikan Forest City Yang Patut Anda Ketahui
Piano besar. Anak-anak sangat suka. Tapi kena buka kasut untuk
pijak piano tu.

Keunikan Forest City Yang Patut Anda Ketahui
Besarkan piano ni? Real beb siap keluar lagu kalau kita pijak
piano ni

Keunikan Forest City Yang Patut Anda Ketahui
Mainan yang boleh dipinjam secara percuma untuk anak-anak

Keunikan Forest City Yang Patut Anda Ketahui
Cubaaan membuat jaringan

Menurut konsultan hartanah yang berbual dengan 
saya, kawasan galeri ini juga nanti, apabila telah 
siap sepenuhnya kawasan ini, ia akan ditukar 
kepada international club houseJadi benar lah 
agaknya kata-kata netizen yang tempat ini 
selepas siap sepenuhnya tidak akan dibuka 
kepada awam. Yer la..ikut logiknya memang 
begitu la.

Nama pon International Club House, sudah 
tentu lah yang boleh masuk adalah di kalangan 
ahli sahaja.

Tempat ni memang saya nampak exclusive pon. 
Di sini juga akan ada sekolah antarabangsa, 
healtcare centre apa ntah dia sebut 
tadi, lebih kurang macam itu lah. Ada shopping 
mall dan pelbagai kemudahan asas lain 
yang canggih dan moden.Kelihatan juga 
ada 3 orang wanita comel menolak 
troli minuman untuk diberi kepada para 
pengunjung. Saya tak pasti ianya 
berbayar atau percuma. Dari pemerhatian saya, 
nampak macam percuma kerana rata-rata 
mengambil minuman tersebut.

APA LAGI YANG MENARIK DI SINI??

Haaa..Ni yang saya nak cerita. Macam saya kata 
tadi, sebenarnya kalau anda pergi ke Forest City 
sekarang ini, sebenarnya kita pergi ke galeri 
pameran dia.

Mungkin ini strategi syarikat untuk menarik pengunjung 
ke sini sama ada orang awam atau prospek pelabur 
hartanah tidak kira dari Malaysia atau luar negara.

Galery Forest City ni sangat besar dan cantik. 
Lanskapnya sangat moden. Ada kolam renang 
dan playground untuk anak-anak 
bermain secara percuma. Kolam renang 
boleh mandi secara percuma dengan syarat memakai 
swimming suit dengan lengkap.

Kelihatan juga peralatan untuk melakukan sukan air. 
Masa saya datang disini tidak nampak pula 
aktiviti sukan air tu. Mungkin pukul 3 petang 
terlalu panas kot. Sebab tu takde orang nak main. 
Tapi jet ski adalah saya nampak.

Lanskapnya sangat cantik dan sesuai untuk untuk 
aktiviti bergambar anak beranak. Ada juga kelihatan 
food court di kawasan ini. Boleh la para pengunjung 
makan dan minum. Harga makan dan minuman 
di sini saya tak pasti. Sebab tak pergi pon. Just 
perhati dari jauh sahaja.

Gambar di bawah adalah bahagian luar galeri jualan disini. 
So, tengok la yer.

So akhir kata, cubalah berkunjung kesini. 
Disamping nak melihat hartanah idaman kita, 
boleh juga kita bersiar-siar bersama keluarga 
dan rakan-rakan.

Harap artikel ini bermanfaat kepada anda 
semua yang tercari-cari info berkenaan Forest City.

Jumpa lagi..babai..

================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget