Friday 3 November 2017

Sepetang di Tanjung Pengelih

Sepetang di Tanjung Pengelih


Lama tidak melihat sunset sejak tinggal di Bandar Penawar ni. Yer la laut sebelah Desaru ni mana ada sunset. Sunrise adalah.

Sebelum ni ada kawan pergi ke Tanjung Pengelih, so dapat la saya berbalas komen beliau di FB. Katanya kalau nak makan-makan sambil tengok matahari terbenam boleh

je pergi Tanjung Pengelih.

So aku pon pergi lah hari ini..Saja-saja melihat tempat orang.

Buat anda yang tidak tahu dimana Tanjung Pengelih, sila rujuk peta dibawah:

Sepetang di Tanjung Pengelih
Ha tu..yang tanda merah tu.

Sepetang di Tanjung Pengelih
Zoom in sikit..Perjalanan aku dari Bandar Penawar. Dekat je. 
Apa yang bestnya di Tanjung Pengelih ni?? Ntah la..aku pon pertama kali sampai sini. Itu pun dan pukul 6.30 petang. Nampak macam tiada apa yang menarik pon. Biasa-biasa sahaja. Pandangan aku la..Tapi kalau kaki pancing mungkin tempat ni best la kot. Boleh mancing dari tepi jalan je..Aku pon mula google apa yang ada di Tanjung Pengelih ni. Jumpa artikel di blog ini.

Menurut artikel tersebut sebenarnya kawasan ini telah pun di bangunkan untuk projek RAPID Petronas. Sebab tu bila aku sampai di sana kebanyakan orang yang aku jumpa adalah pekerja-pekerja disana yang masih lengkap berpakaian seperti dibawah. Baru balik kerja la kot.



Sepetang di Tanjung Pengelih




Sewaktu perjalanan, keadaaan jalan raya dalam proses dinaik taraf. Ada separuh telah siap..separuh jalan masih dalam proses belum siap naik taraf sepenuhnya. Sebab tu kiri kanan kelihatan kon-kon amaran pembinaan jalan tu.



Sepetang di Tanjung Pengelih



Aku meneruskan perjalan hingga ke Tanjung Pengelih..Terusssssss...Tiba-tiba dan sampai jeti. Rupanya jeti ni kira penghujung jalan la. Jalan mati. Apa lagi turun kereta kejap ambil gambar apa yang patut. Dari jeti ini kita boleh nampak Singapore.
Gambar-gambar di bawah adalah gambar di kawasan luar jeti. 


Sepetang di Tanjung Pengelih

Sepetang di Tanjung Pengelih

Sepetang di Tanjung Pengelih

Sepetang di Tanjung Pengelih

Dibawah pula gambar dalam jeti. Di jeti ni ada pejabat imigresen. Dengarnya boleh buat passport disini dan ada juga perkhidmatan feri disediakan untuk ke Changi, Batam dan Tanjung Pinang berdasarkan papan tanda yang terpampang di kaunter jualan tiket feri. Inysallah boleh la call nombor tu kalau nak pergi Changi, Batam dan Tanjung Pinang nanti.


Sepetang di Tanjung Pengelih

Sepetang di Tanjung Pengelih

Sepetang di Tanjung Pengelih

Sepetang di Tanjung Pengelih
Nampak tak nombor telefon tu??huhu
Habis jalan-jalan aku pergi makan di kedai tepi laut sebelah dengan jeti tu. Ada kelihatan kubu peninggalan British seperti yang di nyatakan dalam blog ini tadi.


Sepetang di Tanjung Pengelih

Sepetang di Tanjung Pengelih

Gerai makan yang aku pergi ni betul-betul depan kubu ni. Nampaknya ada ikan bakar dan lain-lain hidangan makanan laut..huhu..tak order pon. Aku dah kenyang..Hanya order mee goreng sahaja.



Sepetang di Tanjung Pengelih

Sepetang di Tanjung Pengelih

Ok lah..kami nak makan..Lepas tu terus pulang ke Bandar Penawar semula..Babai..jumpa lagi.




================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget