Sunday 5 November 2017

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia
Papan tanda di pintu masuk
Entry kali ini, aku ingin berkongsi berkenaan lawatan aku bersama isteri dan anak-anak ke Taman Buaya Teluk Sengat. Sempena dengan kemenangan JDT menjadi Juara Piala Malaysia 2017 kerajaan negeri Johor telah mengisytiharkan hari ini adalah cuti umum seluruh negeri dan jajahan takhluk Johor Darul Takzim...Yahooo...Sejak
pagi anak-anak sibuk ajak pergi jalan-jalan.
So, aku bawa lah anak-anak ke sini. Memang seronok rupanya.

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia
Pintu masuk taman buaya

Perjalanan aku dari Bandar Penawar mengambil masa sekitar 20-30 minit sahaja. Akhirnya sampai tempat yang di tuju.

Taman buaya ini di istiharkan taman buaya tersebesar di semenanjung Malaysia yang memiliki buaya spesis tembaga lebih daripada 1000 ekor. Malah buaya tertua juga ada sini. Menurut sumber pekerja di sini umurnya mencecah 150 tahun. Untuk makluman, buaya ini boleh mencecah umur 200 tahun dan lebih katanya.



Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia
Wefie di entrance
Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia
Gambar yang diambil secara sukarela oleh salah seorang pekerja di sini
Harga tiket masuk adalah RM 8 seorang untuk dewasa, manakala RM 4 untuk kanak-kanak berumur dari 2 tahun ke atas. Kita boleh anggap fee ni sebagai sedekah kepada buaya-buaya ini untuk makan, minum serta maintenance buaya-buaya di sini.

Taman buaya ini selesa untuk pengunjung kerana laluan jalan kaki untuk melihat buaya-buaya di setiap kolam ini berbumbung. Kalau hujan atau panas pon, kita masih boleh melihat buaya-buaya di sini.



Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia
Semua ruang jalan kaki adalah berbumbung dan selesa


Buaya-buaya di sini diasing-asingkan kolam mereka mengikut umur. Jadi kita akan lihat setiap kolam tu sama sahaja saiznya. Ada juga buaya yang dalam satu kolam tu dilahirkan "istimewa" tidak berekor dan mulut senget. Kesian buaya "istimewa ini. Buaya albino pon ada. Tapi tak ambil gambar pula. hehe..


Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia
Buaya istimewa dilahirkan tanpa ekor

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia
Buaya istimewa dilahirkan bermulut senget

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia
Sama kan saiznya??
Ada satu kolam di sini yang dalam digunakan sebagai tempat untuk buaya-buaya ini membiak. ada 5 ekor buaya jantan dan 30 ekor buaya betina. Nisbah 1:5. Maksudnya, 1 ekor buaya akan menjaga 5 ekor buaya betina. Memang dasar buaya. hehehe...Sebab tu dalam masyarakat kita ada gelaran buaya darat. Memang sifat buaya jantan begitu. Mereka akan jaga 5 ekor buaya betina. Siap bertukar-tukar pasangan pula dalam kolam tu. hehehe...hhmmmm...buaya..buaya...


Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia
Kolam tempat membiakkan buaya-buaya di sini. Kolam nampak tenang.
Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia
Dalam ni pun ada buaya. Kolam tempat buaya berenang dan santai-santai. hehehe

Di dalam taman buaya ini juga ada kafe dan tempat-tempat santai untuk pengunjung ambil gambar. Cantik juga. Boleh di jadikan kenangan untuk keluarga.

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia


Di bahagian luar, ada dipamerkan tulang belulang buaya dan gigi buaya dan telur buaya yang sebenar. Rangka tulang dan telur semua ni memang sangat menarik untuk pendedahan kepada kita dan anak-anak.




Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia



Selepas keluar dari taman buaya ini, Saya jalan-jalan ke tepi Selat Johor. Taman buaya ini betul-betul berhadapan dengan Selat Johor. Kepada kaki pancing boleh datang sini untuk memancing dari tepi pun ok. Masa saya datang ni air sedang pasang. Gambar-gambar pemancing sedang memancing ada kat bawah ni.




Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia

Taman Buaya Teluk Sengat Merupakan Taman Terbesar Buaya di Semenanjung Malaysia


Akhir kata dari saya. Marilah berkunjung ke sini. Serius cakap memang tidak rugi. Berbaloi dengan apa yang kita dapat. Ilmu baru berkenaan buaya. Staff di sini juga ramah dan mereka bersedia melayan anda. Anda boleh bertanya soalan berkenaan buaya kepada mereka.

Sekian, Moga entry ini bermanfaat kepada anda di luar sana. Terima kasih. Jumpa lagi pada entry akan datang.






================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/



No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget