Sunday 5 November 2017

Berkunjung ke Kampung Johor Lama

Di pintu masuk terdapat papan tanda ini.

Salam sejahtera semua pembaca blog aku yang dikasihi. Selepas aku pergi Taman Buaya dan makan tengah hari di Teluk Sengat tadi, aku terus terfikir untuk melawat pula kampung bersejarah iaitu Kampung Johor Lama.

Dikhabarkan kampung ini adalah kampung asal di Kota Johor Lama yang suatu masa dahulu sangat terkenal dari segi pemerintahan, perdagangan dan kota-kota pertahanan di

sepanjang Sungai Johor.

Aku terus masuk ke kampung ini. Kelihatan kampung ini agak sunyi. Penduduk tetap tidak ramai menginap di sini. Rata-rata semua rumah penduduk telah di jadikan homestay untuk para pengunjung. Sebab tu sunyi. Aku datang pula apa bukan musim cuti sekolah. Sebab tu tak ramai orang kot. 




Berkunjung ke Kampung Johor Lama

Berkunjung ke Kampung Johor Lama

Berkunjung ke Kampung Johor Lama

Terdapat masjid, kedai runcit dan kedai makan di sini. Tapi sewaktu aku datang tadi hanya kedai runcit sahaja yang buka. Kelihatan juga beberapa orang memancing di sepanjang sungai johor ini dan ada juga yang memancing di jeti. Kampung ini tak besar pon. Kecil sahaja. Pusing-pusing tak sedar dah abis satu kampung aku ronda. hehehe..

Kemudian aku terus pergi ke Muzium Kota Johor Lama pula.



Berkunjung ke Kampung Johor Lama

Berkunjung ke Kampung Johor Lama

Ok, sekarang aku nak copy paste sedikit apa yang di tulis dalam risalah yang aku ambil dari Muzium Kota Johor Lama yang di keluarkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Nak bagi credit siap-siap ni. Terima kasih kerana menyediakan risalah ini.


Berkunjung ke Kampung Johor Lama
Risalah berkenaan Muzium Kota Johor Lama yang di keluarkan oleh Jabatan Muzium Malaysia.

Muzium Kota Johor Lama mempamerkan sebanyak 84 koleksi yang terdiri daripada porselin, senjata, barangan tembaga, tembikar tanah, alat permainan dan anyaman yang mempunyai pertalian rapat dengan sejarah Kota Johor Lama.


Galeri pameran di muzium ini dibahagikan kepada lima segmen, iaitu Pengenalan berkaitan sejarah Kota Johor Lama; Pemerintahan, Perdagangan dan Peperangan di Kota Johor Lama; Kota-kota pertahanan di sepanjang Sungai Johor; Taburan Nisan Acheh di daerah Kota Tinggi; serta kajian Arkeologi  dan Temuan di Kota Johor Lama.

Waktu operasi adalah 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.



Berkunjung ke Kampung Johor Lama
Sedikit gambar dalam muzium

Berkunjung ke Kampung Johor Lama
Sedikit gambar dalam muzium

Berkunjung ke Kampung Johor Lama
Sedikit gambar dalam muzium
Berkunjung ke Kampung Johor Lama
Tempat kami berdiri ini adalah kota pertahanan/benteng untuk kegunaan semasa peperangan suatu masa dahulu.

Akhir kata jika anda pencinta sejarah. Wajib datang sini. Aku tak sempat melihat artifak dan penemuan di sini. Keadaan panas sangat waktu ni. So keluar muzium terus balik. Bila aku google..Jumpa blog ini yang menulis tentang artifak dan penemuan di Kota Johor Lama.




================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget