Wednesday 17 July 2019

Pengalaman Pertama Mendaki: Mendaki Gunung Pulai.

Mendaki gunung pulai johor

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Entry kali ni aku ingin cerita pengalaman aku yang pertama kali mendaki gunung. Mantap beb..Serius aku tak sangka boleh mendaki gunung. Buat "first timer" macam aku ini, sudah pasti ia satu pencapaian peribadi yang boleh dibanggakan untuk diri sendiri. Jangan
bangga kat orang lain pula. Bangga pada diri sendiri je tak pe. Hehehe..

Pada permulaannya aku rasakan biasa-biasa sahaja jalannya. Jalan mendatar sahaja. Lepas lebih kurang 5 minit perjalanan, baru aku rasa sangat mencabar. Jalan membukit tinggi dan terus meninggi terus dan terus..Perghhhh..

Buat pertama kalinya aku diuji mental dan fizikal. Fizikal aku ni yang aku rasa sangat diuji. Sebaik aku dah biasa senaman petang-petang jongging dan pergi gym. So tak la terasa perit sangat. Tapi tetap terasa sakit juga keting belakang aku ni naik gunung ni beb. Waktu turun lagi goyang lutut.

Otai-otai yang dah biasa naik gunung join sama trip kali ni. Depa pesan kat aku. Naik zig zag..tak terasa berat sangat. Turun pun sama. Buat zig zag. Betol la beb. Terima kasih atas nasihat ini. Sangat berguna.

Oh ya lupa nak cakap. Aku naik gunung ni bersama geng-geng opis aku. Sebelum naik kami panas badan dulu seperti gambar di bawah:


Mendaki gunung pulai johor

Untuk mereka yang belum pernah sampai ke Gunung Pulai ini, dikhabarkan treknya adalah jalan tar dari bawah sampai atas. Tapi kalau nak lalu jalan lebih mencabar pon boleh lalu jalan dalam hutan kata kawan aku la. Tapi kali ini kami lalu jalan tar tu je, dari bawah hingga atas. Walaupun tar, tapi curam beb..


Mendaki gunung pulai johor

Daki dan terus mendaki akhirnya sampai ke tempat rehat. Di sini aku rehat makan roti apa yang patut dan minum kopi panas. Serius best. Waktu ni hujan renyai-renyai cuaca mendung dan sejuk.


Mendaki gunung pulai johor


Yer la, kita dalam hutan ni memang la syok. Udara nyaman dan segar je. Oksigen fresh dari ladang orang cakap. Sedut je terus sampai ke otak oksigen fresh tu. Penat mendaki pun rasa hilang bila dapat berehat sambil minum kopi panas.

Aku teruskan perjalanan untuk sampai ke puncak. Tak pasti berapa lama sampai atas. Tak silap aku gerak pukul 9 pagi++ pagi dari bawah. Sampai atas tak tengok jam. Rehat-rehat di atas makan nasi lemak, lepas tu turun balik. Sampai bawah semula lebih kurang pukul 2 petang ++


Mendaki gunung pulai johor
Puncak Gunung Pulai

Waktu turun semula ke bawah melalui jalan yang curam tu, aku toleh ke belakang. Serius aku bertanya dalam hati. "ini ke jalan yang aku naik tadi?"..Pergghh!!! macam tak sangka. Timbul perasaan rasa bangga pada diri sendiri.

Betol kata orang. Kalau kita nak capai sesuatu matlamat tu. Insyaallah pasti boleh punya. Cuma lambat atau cepat je.

Macam aku naik gunung ni. Ada kawan-kawan yang laju je naik. Cepat mereka capai matlamat dia. Aku ni, walaupun slow and steady, tetap sampai atas. Capai juga matlamat aku walaupun lambat dari rakan-rakan yang lain. kan?hahaha.. Jadi diri sendiri dan percaya pada diri sendiri.


So usah bandingkan dengan orang lain, sebenarnya cabaran utama kita dan persaingan utama kita adalah diri sendiri. Bukan orang lain. Dapat kita atasi dan cabar diri kita sendiri, insyaallah pasti kita dapat apa yang kita hajati.

Ni kat bawah ni aku ada sediakan sedikit video untuk tontonan semua. Selamat menonton ya.



No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget