Saturday, 10 August 2019

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)
Di puncak Lansir

Tanggal 26-28 Julai 2019 yang lepas aku dan team pengurusan aku telah bertolak ke Terengganu dalam misi menawan CBL. Ini adalah pengalaman ke-2 aku mendaki gunung. Alhamdulillah aku dan semua rakan-rakan telah berjaya sampai ke puncak dan turun semula dengan
selamat.

Misi kami ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Kami bertolak dari Bandar Penawar sejak hari Khamis 25 Julai 2019 pada pukul 9.30 pagi dan sampai di Terengganu dalam pukul 5.15 petang. Kami bermalam di MRSM YT Ketengah. Terima kasih MRSM YT Ketengah kerana sudi menerima kami dan memberi kemudahan lodging kepada lagi dengan harga yang berpatutan.

Pada 26 Julai 2019 pukul 7 pagi kami telah bertolak dari MRSM YT Ketengah menuju ke Hutan Lipur Chemerong. Tiba di sana lebih kurang pukul 8 pagi.

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)
gambar sebelum mendaki.

Selepas buat sedikit senaman ringan, taklimat daripada malim gunung, lebih kurang pukul 9.30 pagi kami telah mula bergerak mendaki.

Hentian pertama kami adalah air terjun Chemerong. Dalam pukul 11.30 pagi kalau tak silap aku, kami telah sampai ke sini. Aku duduk di bawah tak naik ke atas pon. Nak ke air terjun Chemerong kena mendaki sikit. Aku malas sekadar nak rehat dan makan tengah hari yang telah dibungkus siap-siap tadi. Nasi dagang super sedap yang di tapau dari Kafe MRSM YT Ketengah.

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)
ini adalah check point pertama. Nak ke air terjun Chemerong kena mendaki sedikit. Aku duduk sini je lah. hehe
Untuk makluman ketinggian air terjun chemerong adalah 370m dari aras laut. Boleh tahan mengah juga untuk orang yang macam aku ni. Ini baru sikit je ni.

Seterusnya selepas siap rehat dan makan, kami meneruskan perjalanan untuk ke kem B. Tempat di mana kami akan bermalam. Sebelum sampai ke kem B ini, sudah pastinya ianya amat menguji mental dan fizikal aku kerana aku kena mendaki Bukit Taubat. Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan aku waktu mendaki ini. Walaupun penat tapi seronok sebab boleh lihat keindahan alam semula jadi ciptaanNya.

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)
Nampak tu. Masih mampu tersenyum. OK je. tak de apa-apa pon. huhuhu.
Selepas berehat, kami meneruskan pendakian ke Kem B daripada Bukit Taubat. Laluan terus menegak dan pacak. Terbaik..menguji kekuatan kaki kita. Tapi bagi orang yang dah biasa naik gunung, Bukit Taubat ni mendaki sambil lelap mata pon boleh. Rakan-rakan aku yang lain semua laju-laju je mereka mendaki. Aku je slow and steady. Takpe. biar lambat asal selamat. Tak lari Kem B tu pun.

Kami sampai di Kem B lebih kurang pukul 3.00 petang. Boleh kira sendiri berapa jam tu? Lebih kurang 6 jam++ juga mendaki tu dari kaki gunung tadi.

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)
selfie aku di Kem B

Sedikit komen aku berkenaan di mana lagi best untuk bermalam sama ada Kem B atau Kem Y yang terletak atas lagi dari Kem B. Jarak dari kem B ke Kem Y lebih kurang sejam perjalanan lagi.

Aku sampai ke Kem Y hari ke-3 sewaktu turun nak balik ke kaki gunung. So boleh la aku buat pandangan sikit. OK pada aku, aku suka kem B lagi sebab di sana aku suka air terjun dia. Boleh berenang-renang di sungai kem B. Air dia dalam sikit la kalau nak banding dengan kem Y air dia cetek. Boleh je mandi. Tapi aku tak puas la. Kalau di Kem B tu, aku boleh menyelam, berenang puas-puas sebab sungai dia dalam paras pinggang dan ada yang paras dada. Baru syok mandi.

Hari ke-2 selepas sarapan dan kemas-kemas barang kami mulakan lagi perjalanan menuju ke air terjun lansir. Ini pula adalah tempat bermalam kami yang ke-2. Untuk sampai ke Lansir ini, kami akan mengikut Seraya Besar kemudian melalui Sungai Bangan. Kami makan dan berehat sambil mandi-mandi di Sungai Bangan. Sungai ini serius lagi best. Dalam beb. Kalau ada pelampung lagi baik untuk safety purpose. Tapi kalau yang takut berenang tu jangan bimbang, ada je tempat cetek untuk berendam. Dont worry. Kat sungai Bangan ni lah orang suka buat terjun tiruk, Lompat dengan pelbagai gaya. Serius syok. hahaha..

Aku belanja sikit beberapa gambar yang kami ambil dari Sungai Bangan.

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)
aku suka gambar ni. sempoi kan? Air dia jernih betol

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Aku memang lama berehat dan mandi di Sungai Bangan ni. Aku orang ke-3 last gerak untuk meneruskan perjalanan ke Lansir, destinasi untuk kami bermalam. Dalam perjalanan ke Lansir hujan turun dengan lebatnya. Dapatlah aku merasai pengalaman mendaki, berjalan dalam hutan dalam keadaan hujan lebat.

Lebih kurang pukul 3.00++ petang, aku telah selamat tiba di Lansir. Alhamdulillah..Lansir ini ketinggian dia adalah 784m dari aras laut.

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)
gambar kelabu sikit. Handphone bungkus dalam plastik. hehe..

Sampai di puncak lansir, aku rasa sangat tenang dan mendamaikan. Aku letak beg, terus terjun sungai dalam hujan-hujan tu juga. Kawan aku kata kena hati-hati juga takut ada kepala air. Malim gunung pon pesan hati-hati. Alert dengan keadaan sungai sebab memang pernah je berlaku kepala air. Lepas lebih kurang 15 minit kami merasakan air sungai telah mula naik..Tadi air dia jernih dah mula keruh sedikit. Maka kami pon naik berehat sebentar dalam khemah.

Dalam pukul 4.30 hujan telah mula reda dan keadaan sungai pon makin ok dan selamat untuk mandi. Maka aku dan kawan-kawan naik sikit berjalan kaki ke Jeram Lesung. Ketinggian jeram lesung ini adalah 793m dari aras laut. Kena berjalan sikit sahaja dari tapak khemah kami untuk sampai ke Jeram Lesung ni. Di sini juga yang ada perigi tu. Boleh terjun dalam perigi tu kalau berani. Takde apa la. Selamat je. Aku try memang syok. hehe..

Boleh tengok video kat bawah ni. Ramai cuba terjun dalam lubang perigi tu. hehehe..

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Hari ke-3 kami mulakan hari kami dengan melihat sunrise. Ada rezki kami melihat awan karpet. Ohh ya, lupa nak cerita di Kem Lansir ni ada tandas. So boleh membuang dengan selesa. Sebelum ni di kem B kalau nak membuang tu, kenalah gali lubang ya. hahaha..

Malam tadi aku dapat merasakan keadaan suhu di sini lebih sejuk jika nak dibandingkan dengan kem B semalam. Perghhh..Sebaik ada sleeping bag yang tebal & stokin 2 helai aku sarung. Boleh la tido malam tu.

Ok, sekarang aku belanja sikit gambar waktu melihat sunrise pagi tu.

Selesai sarapan dan berkemas, kami meneruskan perjalanan pulang kami untuk hari ke-3. Kami akan terus ke puncak tertinggi iaitu puncak Gunung Berembun sebelum melakukan perjalanan turun.

Puncak Gunung Gerembun adalah setinggi 1036m dari aras laut. Dari Lansir untuk sampai ke puncak tertinggi ini kena mendaki curam juga. Pergghhh..Tapi apapun alhamdulillah semua sampai ke puncak tertinggi ini. Maka lengkaplah kesemua check point kami iaitu:

C: Chemerung
L: Lansir
B: Berembun

CBL..Tapi jadi CLB sebab kami mendaki terus ke Lansir. Ada juga kumpulan yang mendaki mula dari bawah naik Chemerung, terus ke Berembun dan bermalam di Lansir kemudian turun. Ikut la anda nak pergi mana dulu. Tapi aku rasa yang kami punya di macam lagi best tak penat sangat sebab bermalam 2 hari atas gunung.

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)
serius aku merasa bangga dengan diri sendiri. Tak sangka aku boleh sampai sini. Alhamdulillah.

Selepas berehat di puncak Berembun aku meneruskan perjalanan turun. Melalui taman bonsai lepas tu kami jumpa dan berehat di pokok meraga berlubang tu. Bukit Celcom apa ntah lagi. Banyak juga la tempat-tempat aku aku berenti untuk melepaskan lelah ini.

Sewaktu turun aku singgah juga Kem Y untuk makan tengah hari, kemudian aku teruskan perjalanan ke kem B pula untuk solat dan mandi-mandi buat kali terakhir. huhuhu..Yer la..lepas ni tak tau la bila lagi akan ke sini. Macam tak je. Kalau nak mendaki lagi, baik aku pergi gunung lain.

Antara gambar kenangan aku sewaktu turun dari puncak Berembun ke kaki gunung. 

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Mendaki Gunung: Chemerong, Berembun, Lansir (CBL)

Kami bertolak dari Lansir pukul 9.30 pagi sampai di kaki gunung lebih kurang pukul 4++ petang. Amacam? Lebih kurang 7 jam ++ juga. Ini untuk diri aku dan rakan aku yang sama pace dengan aku. Ada team aku yang paling awal sampai adalah pukul 2 petang. Rakan peserta paling last sampai pukul 6 petang.

Wow!!

Pepun alhamdulillah semua team kami berjaya turun dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Semua kenangan pahit manis sentiasa tersemat di dalam hatiku..Bukan cepat atau lambat menjadi ukuran. Yang penting semangat untuk mencabar diri dan dibuktikan dengan tindakan. Itu paling penting pada aku.  

Ada kawan-kawanku bertanya, seronok ke naik gunung?? hahaha..ini jawapan agak subjektif. Pada aku ia bergantung kepada seseorang tu. Macam aku, aku memang suka aktiviti mandi-mandi laut atau air terjun ini. Aktiviti tido dalam khemah dan masak-masak pun aku suka. Cuma mendaki tu je belum betol-betol minat lagi. Aku semangat sebab gunung ni adalah gunung air terjun.

Mendaki gunung adalah aktivi yang pada aku menyeronokkan juga. Masuk hutan tu rasa tenang je. Fikiran mula terfikir tentang kebesaran dan keagungan ciptaan Allah. Terutamanya sewaktu aku berada di puncak Lansir waktu tu.

Aku telah mula buat persediaaan mendaki sebelum naik gunung CBL ini atas nasihat kawan-kawan. Aku berjogging, pergi gym dan panjat tangga tangki air. hehehe... Kalau tidak, aku rasa silap-silap aku dah pengsan dah. Aktiviti mendaki ini memang menguji tahap fizikal kita dan mental. Sangat-sangat menguji ok. huhuhu..Fizikal dan mental tak kuat, mana mungkin kita dapat mendaki.

Berbual dengan orang yang biasa naik gunung, katanya CBL ni tak de apa. Senang katanya. Perghhhh...Sebab bekalan air ada di mana-mana. Boleh minum air sungai. Bawa botol satu je dah cukup. Nanti boleh berenti tepi sungai untuk ambil bekalan air. Tak de lah berat sangat beg yang kita bawa sebab boleh bawa botol air kecil je berbanding dengan gunung lain yang dia pernah pergi 2-3 hari tak de sumber air. So, terpaksa bawa botol air mineral besar tu 5-6 botol. 

Minum air sungai ini adalah merupakan pengalaman pertama aku ni. 3 hari 2 malam aku bersumberkan air sungai. Ehhh sedap tau air sungai ni. Aku rasa lagi fresh dari air Cuckoo kat rumah aku tu. Air bukit semula jadi kot.

Lagi satu aku suka misi CBL ini, sebab aku di layan macam raja dah. Set up khemah dan buka kemas-kemas khemah semua organizer yang kami bayar uruskan. Masak semua orang lain buat. Memang sewaktu mendaki ini, Kami diiringi oleh 2 orang malim gunung, 5 orang pelajar yang banyak membantu sebagai porter dan tanker serta ada juga 2 orang tukang masak yang turut sama membantu team kami ini. So, terasa macam melancong je la. Tiba waktu makan, depa jerit, "makan...makan...jom makan, makanan dah ready". Wow...asyiknya.

Ada sekali tu waktu lepak dalam khemah kat kem B, depa hidangkan kami kek pisang beserta air kopi. Makanan datang kat kami. PErghhhh serius seronok. hahaha.

So, maksudnya kami para pendaki ni ada banyak waktu untuk mandi sungai, lepak dan berbual sebab kerja-kerja tersebut semua orang lain dah tolong buatkan.

Last, ini perasaan aku la ya, lepas turun dari mendaki rasa bangga pada diri sendiri dan kita akan rasa lebih berkeyakinan. Sebab pada orang yang macam aku ni ia satu pencapaikan yang sangat membanggakan diri aku sendiri.

Kepada yang tidak pernah mendaki tu..ha, silalah mendaki..

Selain dari tulisan blog ini. Aku juga ada buat video. So boleh tengok video di bawah ya:

CBL Day:1

CBL Day:2

CBL Day:3

Selamat menonton. Babai..Jumpa lagi dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget