Wednesday 16 October 2019

Mendaki Gunung Besar Hantu, Jelebu, Negeri Sembilan

aku di puncak kejayaan

Pada 10 Oktober 2019 yang lepas aku dan team aku telah mendaki Gunung Besar Hantu yang terletak di Negeri Sembilan. Trip 2 hari 1 malam mendaki gunung.

Yezzaaa ini adalah kali ke-4 aku mendaki.

Perjalan kami agak jauh iaitu dari Bandar Penawar ke daerah Jelebu Negeri Sembilan. Kami bertolak daripada Bandar Penawar lebih

kurang pukul 8.30 pagi dan sampai ke surau lama tempat drop off lebih kurang pukul 4.45 petang.

Perjalanan kami seterusnya adalah ke tempat starting point pendakian. Kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Kenderaan jenis ini sahaja yang sesuai untuk melalui jalan-jalan berliku sebelum sampai ke jalan balak iaitu starting point pendakian kami.



menaiki kenderaan pacuan 4 roda

Untuk ke starting point jalan balak ini, masa di ambil lebih kurang 30 - 40 minit perjalanan menaiki kenderaan pacuan 4 roda . Kita akan melalui jalan tar, selepas itu jalan off road. Kita akan melalui beberapa kampung orang asli.

Masa yang di tunggu-tunggu telah tiba, maka kami semua telah selamat tiba di starting point pendakian kami.


starting point
Selepas membuat sedikit sesi pemanasan badan dan bacaan doa oleh ustaz maka kami memulakan pendakian. Rasa selamat sedikit kali ini sebab trip kami ada seorang ustaz turut serta. Terima kasih ustaz sebab join kami.


sesi panas badan dan bacaan doa sebelum pendakian
Permulaan yang baik dengan cuaca tidak panas. Kami memulakan pendakian jam 5.30 petang lebih kurang. Guide kata masa diambil untuk sampai ke kem sungai kering adalah 2jam. Tapi kami berjaya membuat masa lebih singkat dari itu iaitu lebih kurang 1 jam 30 minit hingga ke 2 jam..Jarak perjalanan katanya lebih kurang 5 km. Jalan balak ini turun naik dan ada masa mendatar..Lepas tu naik..dan menaik..tapi still boleh handle tidak la tinggi sangat. OK je pada aku. Cuma cabaran waktu ini adalah jalan dia licin. Waktu hujan lagi licin. Ada kawan-kawan aku waktu balik tu beberapa kali terjatuh dan menggelongsor. Dahsyat.


ini lah rupanya jalan balak. Kita belanja jalan yang senang2 je. Gambar kesukaran jalan balak kita tak snap.hahaha

Selepas mengharungi jalan balak, akhirnya kami sampai ke kem sungai kering lebih kurang pukul 6.45ptg-7.00mlm. Aku sampai je, terus letak beg dan masuk ke dalam sungai. Sejukkan badan. Pasang khemah apa semua. Ada rakan-rakan lain siapkan makanan untuk makan malam. Menu kita malam itu adalah nasi putih, ikan siakap tiga rasa dan ayam barberque. Terbaik chef kita masak.

Waktu malam tu pula hujan. Sebaik hujan tak berapa lebat sangat dan lebih kurang pukul 10.00 mlm hujan telah berhenti. Alhamdulillah..

Macam biasa aku kalau dalam hutan tido-tido ayam je..huhuhu..pukul 4 pagi kami dah bangun..Gila awal..Mungkin semangat nak mendaki. hahaha..

Bersiap-siap, sarapan dan selepas solat subuh kami teruskan pendakian ke check point seterusnya iaitu ke kem orkid. Apa yang aku boleh katakan trek dia agak sempit juga sebenarnya. Abis baju yang aku pakai kena carik-carik dek dahan kayu dan ranting halus kiri dan kanan trek. Untuk sampai ke kem orkid dari kem sungai kering ini ia mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. 


Tahap kesukaran pon tak terlalu sukar sebab banyak diskaun..Jalan naik sikit, sikit lebih kurang dalam 20-30 darjah kecuraman sahaja. Pastu ada juga trek landai. Pada aku ia tak sukar mana pun.


berenti sekejap kita wefie sebelum sampai kem orkid.
Lebih kurang 2 jam perjalanan kami sampai di kem orkid..Kami rehat lebih kurang 30 minit sebelum meneruskan perjalanan.

So aku belanja video je lah keadaaan di kem orkid ini ya.




Kenapa nama dia kem orkid? Sebab di sini banyak bunga orkid.


Bunga Orkid

kem orkid

bersama ahli kumpulan kecil kami 4 orang.

Di kem orkid ni juga ada rakan-rakan yang kena pacat. hahaha..Sewaktu perjalanan naik ke kem orkid ni memang ramai yang kena gigit pacat.

Jap aku belanja satu video boss aku main dengan pacat. hahaaha..ehh tak perlu kot. Demi menjaga sensitiviti beberapa orang pembaca di luar sana yang takut pacat.

Ok.jom sambung..


Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami meneruskan perjalanan ke puncak. Sebelum ke puncak tu akan ada water point. So aku refill air dulu.

Perjalanan dari kem orkid ke puncak memang pacak ye..Takde diskaun langsung..Lepas pacak, pacak lagi, lepas tu pacak, dan pacak, terus-menerus memacak.

Waktu ini dah rasa udara sejuk. Macam duduk dalam aircond je rasa. Mental kena kuat. Sebaik ada pengalaman CBL lalu bukit taubat. So lebih kurang la tu. 


Mana yang laju terus laju..mana yang perlahan akan perlahan. Masa ini kita semua dah ikut je pace masing-masing. Sebelum ini kami dibahagikan ikut kumpulan. Waktu naik ke puncak ini dari kem orkid tadi, masing-masing dan bercampur-campur dah..Takpe..yang penting matlamat kita sama.

Ada kumpulan yang masih kekal dalam kumpulan..Ada kumpulan yang habis ke mana pon tak tau. hehehe..Tapi kami tetap dalam team yang sama secara keseluruhannya..

Aku dengan kawan aku lagi sorang pace sama. So ada lah geng aku berjalan dengan dia.



3 sekawan waktu mendaki ke puncak dari kem orkid.


Akhirnya selepas penat lelah mendaki kami sampai ke puncak lebih kurang pukul 12.30 tengah hari +-. Kami makan tengah hari di puncak. Ada sesi borak-borak, luahan perasaaan dan bergambar.

So saksikanlah aku di puncak kejayaan..alhamdulillah..



semua team kami sampai. alhamdulillah

aku dan kawan jabatan yang berjaya

tu dia...aku di puncak kejayaan. Pecah rekod 1462m. Rekod tertinggi aku setakat ini.
Selepas siap semua kat puncak. Kami memulakan langkah menurun pula. Macam biasa turun gunung ni adalah cabaran pada aku lagi hebat. Lutut aku mesti goyang punya. Tapi apa pun alhamdulillah sampai juga ke kem sungai kering kemas-kemas dan makan lebih kurang pukul 3.50 petang. Waktu mendaki aku tak bawa semua beg. Tinggal di kem sungai kering. Bawa beg kecik je untuk bawa air dan makanan.

Pukul 4.20 petang aku teruskan perjalanan ke tempat menunggu pacuan empat roda. Jalan kaki melalui jalan balak. Kali ini lebih licin dari semalam sebab malam tadi hujan. Serius licin beb.


15 minit sebelum sampai ke check point bawah tu..hujan turun renyai-renyai..Bertambah lah licin jalan tu.

Apa pun. alhamdulillah..Aku gerak awal..so aku sampai awal la..Aku kumpulan pertama sampai terus naik hilux untuk ke bas yang sedang menanti.



Geng pertama sampai ke Hilux. Kat dalam kereta ada lagi 4 orang perempuan. Waktu sampai ni pun dah hujan.

Akhirnya dalam pukul 7.10 malam..Aku sampai ke bas. Tengok bas dan driver rasa rindu nak peluk je. Pandang pula GBH waktu balik tu rasa tak percaya pon ada. Boleh pula aku naik atas tu. 



Sekian sahaja perkongsian daripada aku..harap korang suka baca..babai.

2 comments:

  1. Thank you for sharing your hike experience. May I know how I can hire a guide to hike this mountain? I am Mrs Yong, Ho no 016 227 6932 I would appreciate if you could share with me the guide contact no. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tanya guide ini:0136438271. boleh search di IG hikers_hijau

      Delete

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget