Friday, 5 November 2021

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi



Salam sejahtera semua pembaca blog aku. Ya, aku sedar blog aku dah bersawang. Tu yang rasa terpanggil nak berkongsi pengalaman aku bercamping di Tiger Base Camp.

Sebenarnya dah lama aku pergi sana, cuma rasa malas nak menulis. Itu sahaja. Kalau tidak, mesti dah lama aku update story aku di sini.

Cerita dia begini.

Sebenarnya dah dua kali aku ke sana bercamping. Kali pertama aku pergi bulan Mac 2021 yang lepas. Kali ke dua, aku repeat lagi bulan April 2021.

Maksudnya apa? Sampai dua kali tu pergi tempat yang sama. haaa maksudnya tempat tu best la kena dengan jiwa aku.

Tapi dalam banyak-banyak sebab mesti ada sebab UTAMA yang menjadikan aku suka ke sana. Baiklah aku nyatakan kenapa aku rasa ia sesuai untuk diri aku dan keluarga. 

Pertama,

Aku merasa selamat bila berada di sana. Keadaan pantai dia kalau kita nak mandi-mandi di sana, pantai dia landai tidak berbatu dan sesuai untuk orang macam aku yang ada anak kecil yang suka mandi laut ni.

Kedua,

Kenapa aku rasa selamat, kerana keadaan kawasan camp site yang terang di hiasi lampu-lampu untuk keselesaan para pengunjung. Waktu kali pertama aku pergi, aku bawa dua lampu sahaja untuk kegunaan dalam 2 khemah. Bila nak pergi toilet malam-malam pun tak risau sebab laluan semua terang, toilet pon semua terang lah. So, tak perlu risau, insyaallah selamat. Aku pergi bawak anak kecil, dan kawan aku pon pergi bawak anak kecil daripada anak aku.


Waktu pertama kali pergi ke sini dulu rasa best sebab tak ramai orang. Jadi bila tak ramai orang rasa syok la sikit.

Kali kedua pergi, fuh ramai gila orang. Aku tak kisah pasal orang ramai, tapi masalahnya adalah bila ramai-ramai bila nak guna toilet nak mandi atau buang air waktu puncak kena beratur la sikit. Waktu puncak tu maksudnya waktu nak maghrib dan pagi-pagi nak guna toilet. Kena la beratur ambil giliran sebelum boleh masuk.

Aku rasa pihak pengurusan camp site dah boleh pertimbangkan untuk menambah lagi kemudahan toilet ni supaya tidak berlaku kesesakan waktu puncak bila nak guna toilet serentak ramai-ramai tu.

Seperkara lagi bagi mereka yang ingin ke sini harus diingatkan jalan masuk dari jalan ber tar untuk ke camp site agak jauh ya. Kena melalui jalan off-road ladang sawit sejauh 3km-5km kalau tak silap. Tak ingat dah. Jalan off-road turun naik bukit dan berlubang sana sini tu biasalah. Jalan ladang kelapa sawit. Macam tu lah keadaan dia.

Waktu aku pergi musim panas, jalan dia memang berdebu. Abis kereta berdebu teruk.

Tapi personally aku suka pengalaman ini memandu di offroad. Kalau nak masuk sini jangan bawa kereta yang "lowered". Kalau kereta standard lepas tiada masalah rasanya. Aku bawak alza. kancil, viva, myvi pon ada yang masuk ke sini tiada masalah.

Sewa di kira berdasarkan kepala. Satu kepala anak-anak atau dewasa sama harga dia caj RM10/head untuk satu malam. Kalau nak sewa tent pon ada. Aku sewa satu tent RM50. Alatan-alatan lain pon ada di sediakan untuk di sewa seperti kerusi, meja, katil lipat tu, canopy orang buat berniaga tu pon ada, tempat barbeque dan lain-lain lagi. Ini aku tak pasti berapa harga dia. Korang boleh search dan tanya sendiri pihak pengurusan camp site la.

Tandas pada aku, OK. Boleh la, selesa dan bersih.

Berkenaan bekalan makanan, pastikan bawak bekalan makanan yang cukup. Nak keluar cari makanan kat luar memang jauh. Satu lagi, rasanya pukul 7 malam laluan masuk telah ditutup untuk keselamatan pengunjung katanya. Lagi pon kalau boleh keluar pon malam-malam jangan buat pasal. Gelap kot jalan nak keluar tu. So baik duduk je la dalam camp site tu menikmati keindahan alam ciptaan yang maha Esa.

Lagi apa nak tau? hmmmm...Lain-lain maklumat boleh cari info sendiri la ya. Kalau google pasti jumpa. Ramai dah orang sebut pasal camp site ini.

So kat bawah ni aku belanja gambar-gambar je la sepanjang aku camping dulu.

Jom tengok.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
siap-siap untuk makan malam

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
keadaan yang tak ramai orang waktu ini. khemah, kerusi, canopy biru tu semua camp site punya. boleh sewa tu.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
waktu ni baru sampai. tengah setup khemah

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
anak bujang sedang leka bermain pasir

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
tukang masak yang aku sayangi. bagus dia ni. jaga makan minum kami sepanjang 2 hari 1 malam di sini. so korang yang nak bercamping, pastikan cari kawan yang rajin macam kawan aku sorang ni.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
anak-anak seronok katanya. saja bagi dia pengalaman hidup susah. belajar berdikari sikit.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
melayan si kenit

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
nice kan keadaan di sini?. bersih dan tenteram je. khemah kuning tu semua boleh sewa tu.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
waktu ni pon baru sampai. sedang setup apa yang patut.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
bini aku yang ceria bila dapat lunjurkan kaki dalam khemah yang aku sewa. lagi satu khemah untuk anak-anak aku bawak dari rumah.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
hammock yang anak aku duduk tu kawan aku punya. kawan aku tidur dalam hammock je. Ya kat sini sesuai gantung hammock banyak tempat boleh gantung.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
taufiq jalan-jalan memeriksa kawasan

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
bercanda di tepian pantai. waktu ni taufiq anak kecik tu dah tido lena dah.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
angkut bawak duk bawah fly

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
sesi ramah mesra thaqif bersama ayah dan uncle-uncle

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
anak-anak suka duduk dalam hammock ni. 2 hammock yang di gantung oleh kawan aku. seronok la anak-anak menumpang kasih hammock uncle-uncle.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
view pagi. kalau khemah orang depan tu tak de dapat la kami sea view.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
abg kawasan. besar dah ko nak.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
sarapan pagi waktu ni

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
waktu malam yang mendamaikan dan asyikkkkk

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
ceria je waktu pagi. angin pantai pula sepoi-sepoi. perghhhh

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
waktu ni siap-siap nak balik dah

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
terangkan? ni semua lampu-lampu yang di sediakan oleh camp site.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
waktu nak balik ni. stop amik gambar pada masa yang sama buang sampah di sini. Sampah jangan tinggal di camp site, kena bawa balik sampai di tempat khas untuk buang, baru kita buang. tempat khas buang sampah yang di sediakan oleh pihak camp site ada di atas tak berapa jauh dari camp site. kalau jalan kaki jauh la. kena naik keta waktu balik bawak sekali jalan je.

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi


Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
ni gambar waktu nak balik. 

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi
ini pon


Gambar-gambar di bawah ini pula adalah gambar yang di ambil sekitar kunjungan aku yang ke-2. Yang aku kata ramai tu. Dapat port hujung sana sikit. Tapi still ok. Saksikan.



Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

Bercamping di Tiger Base Camp Sedili, Kota Tinggi

OK itu sahaja, terima kasih kerana membaca perkongsian saya di sini. babai.





No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget