Wednesday, 8 December 2021

Duplicate Smartkey Perodua Aruz




Hai salam sejahtera semuanya. 

Hari ini aku baru balik dari JB untuk duplicate kunci perodua aruz aku. Banyak juga tempat aku survey untuk duplicate kunci kereta aku ini. So aku jumpa satu tempat ni yang

banyak-banyak aku survey, kedai inilah yang paling murah.

So tanpa fikir panjang aku terus ke kedai tersebut. Kedai tersebut adalah di Otis Locksmith-Taman Mount Austin. So benda baik kita share la kan. Sesuai untuk makluman semua terutamanya pemilik smartkey yang hilang dan sebagainya. Proses duplicate tak lama. Lebih kurang 10-20 minit sahaja. Waktu aku datang tu aku sorang je. So senang, terus orang kedai tu buat. Layanan dari staff pun baik.

Prosesnya dengan memasukkan alat komputer guna OBD soket bawah stereng tu dan terus duplicate. Pada masa yang sama dia delete juga device lama (kunci lama) yang hilang tu.

So dalam sistem kereta hanya ada dua device sahaja yang boleh guna untuk buka dan start kereta. Kalau orang lain jumpa kunci lama kereta aku tu pon, orang tu tak boleh buka kereta aku dan start sebab kunci tu tak berfungsi dah. Ini ciri keselamatan. Aku pon tak tau. Sebaik orang kedai tu tanya. Kenapa nak duplicate? Aku kata kunci lama hilang. Terus dia cakap, ok kalau macam itu kita delete kunci lama dari sistem kereta lorr..

Aku kata, ON. Buat kan. hehe..

Padahal orang tu dah pasang cover, OBD bawah stereng tu, then baru dia tanya. Sebaik dia tak marah. Wakakakaka.. Orang kunci tu buka balik cover soket OBD tu dan masukkan semula alat komputer set untuk delete kunci lama.

Selesai bayar dia bagi resit dan pesan kat aku simpan resit baik-baik. Warranty 6 bulan untuk kerosakan board smartkey aku. Cuma jangan masuk air sahaja. Itu tak cover warranty.


Ok ni yang penting aku nak cerita. Kenapa aku tak pergi perodua untuk duplicate. Sebabnya aku dah tanya harga dia sekitar RM900-RM1000.

Biar betul?


Ni bukti whatsapp chat. 


Tak pasti itu harga sebenar atau pun tidak. So kedai yang aku pergi ni jauh lebih murah. Sebab tu la aku pergi sana.


So dari dua gambar di atas, korang boleh bezakan tak? Mana satu kunci asal, dan mana satu kunci yang di duplicate?. 

OK la. itu sahaja nak share, babai semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget