Monday, 13 December 2021

Review Perodua Aruz 2020




Salam tuan/puan. ini pandangan aku sebagai pengguna Aruz. Sebenarnya aku membalas pandangan youtuber https://www.youtube.com/watch?v=0wzXhOUVW4I. Tak adil jika

nak beri feedback tapi kita tak pakai kereta tu. So aku, memang pengguna Aruz. Dari Alza ke Aruz. ini maklum balas aku.

1. Performance enjin-Tak la teruk sangat. Boleh je pada aku. 1.5cc apa yang boleh kita harapkan. Berbaloi la dengan harga dia. Jangan la bandingkan dengan Honda CRV. Sebab itu Aruz tidak sesuai jika anda pentingkan performance kelajuan. Tapi macam aku, tak kisah sangat pasal ini sebab cara aku drive memang santai abis tak terkejar-kejar. Laju-laju nak pergi mana?
2. Respon gearbox-aku rasa ini ok je. tak jadi masalah pada aku dia punya gearbox. Tak tau kenapa dia kata lemau..Ya mungkin sebab aku bawak santai dan tak pentingkan kelajuan sebab itu aku rasa ok pada diri aku. orang lain yang pentingkan kelajuan memang tak sesuai ambil Aruz.
3. Handling-Pada aku handling ok juga dan terbaik. Mungkin cara kita bawa yang mengejar kelajuan, selekoh pon nak laju, so sebab tu dia rasa membuang. Macam aku yang bawa keluarga bersopan santun, aku rasa ok. Handling terbaik je.
4. Ride melantun dan bergoyang- kalau drive sorang-sorang, statment ini betul. rasa macam melantun. tapi kalau bawa fullload.OK sedap bawak tak rasa melantun. Anak-anak aku, wife aku pon kata ok je. Tak rasa melantun pon. Kalau naik hilux lagi teruk melantun dia dan tak selesa(sebab aku pernah naik hilux)
5. Aircond lambat sejuk-ini tidak benar. aircond punya la sejuk. Lagi best dari Alza. Anak-anak aku pon tak komplen panas lagi. Blower tengah tu membantu untuk mempercepatkan proses sejuk ke keseluruhan kereta.
6. Kerusi pemandu gagal memberi keselesaan- Ini pon pada aku ok..selesa untuk diri aku. orang lain aku tak tau la macam mana. Memandu non stop 6 jam pon aku rasa ok je..pastu sambung lagi drive.
7. Ketinggian yang melampau-aku lagi suka tinggi. Sebab aku tak fikir bonggol tinggi ke, Bahu jalan tinggi ke..aku lanyak, tak risau kereta tersagat kat bawah tu.. Untuk kanak-kanak dan orang tua memang kena pasang sidestep. Pada aku, aku lagi suka ada sidestep ni, nampak lagi cantik kereta bila ada sidestep.

8.Keselesaan pemanduan/comfort- Part ini aku boleh buat perbandingan dengan Alza aku sebelum ini yang mana aku rasakan memandu Alza lagi best dan selesa. Namun ia masih tidak jauh ketara sebab itu aku beralih daripada Alza ke Aruz. Namun aku ada berbual daripada rakan-rakan Aruz yang sebelum ini memandu myvi, axia, viva sudah tentu mereka berpuas hari dari segi banyak perkara dengan Aruz ini.
9. Boot space pon lagi besar dari alza aku sebelum ni. Waktu pakai Alza aku tambah roofbox.




Aku jual roofbox aku. Dulu pakai Alza kena ada roofbox. Kapasiti barang untuk baliik kampung yang sama, tapi, bila pakai Aruz. boleh muat di Aruz. Sebab tu aku jual box aku. Bila guna Aruz. Aku tak perlukan roof box lagi.

Kapasiti yang sama kalau guna Alza tak muat ni, kena guna box. Bila guna Aruz, Tak perlu guna box pun tidak mengapa.


Sebagai kesimpulan. Sebagai pengguna perodua sejak 2014 sudah tentu aku berpuas hati dengan perodua Alza Advance 2014 aku sebelum ini. Habis tu kenapa tukar? Aku tukar sebab kereta Alza aku sudah mencecah 7 tahun dengan milege 160,000 km. Jadi nak rasa ambil kereta yang milege rendah dan pada masa yang sama ada warranty perodua lagi. Lagi satu nak bagi tahu, Resale value perodua tinggi. Tak rugi beli kereta perodua. Selepas tolak baki bank, tolak deposit, siap dapat cash di tangan lagi. Sebab tu aku tukar ke Aruz. Alhamdulillah..boleh la. hehe..

Sewaktu pergi tanya kedai tempat aku jual kereta tu, dia ambil kereta Alza Advance 2014 aku tinggi sangat. Waktu aku trade in, Alza aku tiada masalah apa pun sepanjang penggunaan melebihi 7 tahun tersebut.

Hari ini, dah pakai Aruz lebih kurang 2-3 minggu aku tak menyesal. Sangat puas hati. Teknologi yang ada pada Aruz lebih moden jika nak bandingkan dengan Alza aku sebelum ini antaranya ciri safety yang ada pada Aruz dengan 6 airbag, ASA2.0, dan macam-macam lagi features moden yang ada. Boleh google atau buka youtube untuk melihat features yang ada pada Aruz ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang ingin memiliki Aruz.
Sekian, babai..

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget