Saturday 25 February 2023

Warded Kali ke- 2 Slip Disc di KPJ Sentosa KL

 


Setiap penyakit adalah ujian. Aku redha dengan ketentuanNYA. Sebelum aku gerak ke KL dari Melaka aku dah siap-siap pasang niat bermusafir untuk mencari penawar kerana Allah.

Ada kawan-kawan tanya, di Melaka tak de pakar ke? Bukan sebab tak de, aku cuma ingin mencuba Doktor di KPJ Sentosa setelah mendapat saranan daripada kawan. Apabila aku google dan membuka FB Doktor tersebut aku dapati banyak review dan testimoni menarik bekas pesakitnya. Sebab itu aku ke sana.

Kepada sesiapa yang ingin membaca kisah sakit aku terkena slip disc ini boleh baca di sini. https://abamjai.blogspot.com/2021/06/masalah-disk-l4-l5-s1-menyebabkan.html

Aku rasa disebabkan aku terlalu lasak, aku kena kembali masalah sciatic pain aku ni. Tahun lepas bulan Julai-September 2022 aku gunakan badan aku semaksimumnya untuk persediaan hari sukan Staff yang di adakan setahun sekali tu. Aku berjongging, bola tampar dan badminton tak ingat dunia.

Habis sukan bulan September 2022 aku dah mula rasa sakit-sakit sciatic aku ni. Rasa sakit di punggung hingga ke peha sebelah kiri.

Lama-kelamaan turun ke kaki bawah pula. Sehingga bulan Februari 2023 ini aku merasakan diri ini makin teruk. Nak berdiri dan berjalan 1-2 minit pon aku dah rasa sakit. Sakit, kejang dan disusulkan dengan kebas dari peha ke kaki bawah sebelah kiri.


Tidak tahan dengan sakit yang makin teruk, tu yang aku mula mencari-cari pakar yang boleh merawat penyakit aku ini. Akhirnya jumpa, buat temujanji dan warded selama 4 hari.

Aku kongsikan discaj note dari doktor apa sebenarnya berlaku pada diri aku.


Menurut gambar di atas aku ada mengalami PID pada L5/S1. Jadi rawatan yang diberikan adalah membuat PLDD sama seperti sebelum ini pada tahun 2021. Sebelum ini aku buat PLDD dengan gunakan stemcell dari darah sendiri. Sebelum prosedur ada doktor ambil darah aku.

Tapi kali ini tidak. Hanya membuat PLDD dan epidurolysis.


Tu jelas hasil MRI ada masalah pada L5/S1 aku. Herniated disc orang kata. Sampai himpit saraf aku tu. Tu yang menyebabkan aku sciatic pain tu.

Alhamdulillah selepas procedur rawatan yang dibuat dalam keadaan sedar dalam dewan bedah aku rasa ada perubahan. Sebelum ni sakit sciatic aku dalam skala 5/10 sekarang telah kurang ke 1/10.

Diharapkan aku terus sembuh dan doktor suruh berehat sepenuhnya. Aku dapat MC 28 hari.

Sedikit pesanan dari doktor ada beberapa sukan HARAM untuk pesakit Slip Disc iaitu, superbike/roadbike untuk basikal, MTB yang selalu aku main pon kalau boleh stop main. Sukan badminton, hiking dan semua sukan yang high impact aku kena stop dah sekarang untuk selama-lamanya. Sukan-sukan tersebut boleh memberi tekanan pada tulang belakang.

Kalau nak jongging selepas sembuh pun doktor kata jangan jongging lebih 5km. Untuk keselamatan buat brisk walk lagi baik.

Aku akan cuba berpantang dan ikut nasihat doktor ini. Insyaallah..

Doakan aku dan jumpa lagi..Babai

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget