Thursday 9 March 2023

Bercuti di Glory Beach Resort Port Dickson Buat Kali ke-2

 

Alhamdulillah selesai aktiviti bercuti kami anak beranak di Glory Beach Resort buat kali ke-2. Kali pertama tempoh hari adalah pada tahun 2021 yang lepas. Boleh

rujuk link di sini jika ingin membaca. https://abamjai.blogspot.com/2021/10/bercuti-dan-mandi-laut-di-glory-beach.html

Jemput la baca ya.

Kali ini kami dapat unit lain dari yang sebelum ini iaitu unit F-8-11, unit hujung sekali dekat dengan pintu lif blok F. Suka aku ingatkan sekali lagi kepada yang bakal ingin ke sini, pastikan pergi check in dahulu, jangan bawa turun barang-barang bila sampai di hotel. Dah pasti kita dapat unit mana baru bawa kereta pergi ke blok di mana unit kita dapat waktu check in tadi berada. Di sana ada 6 blok ke semuanya dari blok A hingga blok F.

Lobi di blok C. So kalau dapat unit di blok C mudah. Parking betul-betul di lobi dan boleh naik terus ke bilik.

Macam kami dapat blok F. Jauh dari blok C tu. Elok bawa kereta dan unloading barang-barang di blok F. Kalau unloading siap-siap barang di lobi, tiba-tiba dapat unit di blok F. Naya juga tu. Jauh nak angkut barang ke blok F tu.

OK kenapa aku memilih resort ini kerana aku suka kolam dia yang mesra kanak-kanak dan luas sesuai untuk para pengunjung yang membawa anak-anak kecil.


Jom tengok video di bawah untuk melihat betapa luasnya kolam untuk kanak-kanak dia. Itu belum termasuk dengan kolam dewasa dia lagi. Pendek kata memang puas hati la.




Jangan lupa tiada life guard di kolam renang ya. Kena pastikan keselamatan anak-anak anda sentiasa di tahap optimum. Pastikan jangan leka. Jangan asyik main handphone sahaja hingga terlupa untuk memerhatikan anak-anak yang sedang mandi tu.

Waktu operasi kolam dari pukul 7pagi hingga 7 malam tanpa had seperti mana pada zaman PKP yang telah berlalu pergi itu. Teringat waktu tu kena beratur dan ambil nombor. Setiap batch mandi tu akan dapat 1 jam. Selesai 1jam, batch seterusnya pula mandi.

Naya juga. Hehe..Itu dulu la tahun 2021. Sekarang tahun 2023 tidak lagi.

Harap tidak berlaku PKP lagi. Dan mohon tidak berlaku lagi pendemik seperti covid 19 yang telah menjejaskan banyak aktiviti harian kita.

Kedua, aku suka laut dia yang lantai, ombak tidak berapa tinggi dan landai. Ini juga sesuai untuk anak-anak kecil mandi di sini.



Aku naik dari laut agak lewat petang juga. Layan mandi laut sambil melihat sunset. Syok. Alhamdulillah. Besar kuasa Allah menciptakan laut terbentang luas ini untuk tatapan hambanya yang mahu melihat kebesaran Allah s.w.t

Aku memang sugget tempat ini. Insyaallah ada rezki akan ke sini lagi.



Cantik kan pemandanan dia?? So boleh la ke sini kalau nak release tension, healing seround dua. 😂ƗƗA̶̲̅ Æ—Æ—A̶̲̅ Æ—Æ—A̶̲̅ Æ—Æ—A̶̲̅ 😂.

OK last, aku share juga beberapa keping gambar family aku di sini.






Aku simpan gambar kenangan dan cerita-cerita sebegini untuk tatapan anak cucu pada masa akan datang.

Sekian, jumpa lagi. Babai


No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget