Wednesday, 2 August 2023

Kisah Aku Kena Slip Disc Lagi

Ambulan dan medical team datang ambil aku di runah

Sengaja aku simpan kenangan di sini untuk rujukan akan datang. Ini antara kronologinya.

9 Jun 2021- PLDD, Bilateral faced join injection

14 Feb 2023 - PLDD, Epydurolysis
Mei 2023- Kesihatan makin merosot. Kaki sakit. Sciatic pain. Lagi sakit dari tahun-tahun sebelum ini.

Julai 2023: Makin-makin merosot. Nak berdiri 5 saat pon dah sakit, apatah lagi berjalan dan berlari. Kehidupan aku waktu ni banyak baring sahaja. Dan kalau nak berjalan dalam rumah pon dah pakai tongkat.

16 Julai 2023. Mimpi ngeri. Aku terus diserang sakit kejang skala sakit 10/10.(Kaki kiri dari punggung hingga bawah kaki. Tak boleh gerak terus. Keras kejung)..Aku fikir, aku dah lumpuh waktu ini.

Call ambulan. Medic team ambil aku dan angkat dari katil.

Sampai di GH Melaka Doktor bagi pain killer dua kali. Dan bagi aku ubat tramadol, Paracetamol, Gabapantin, dan lain-lain ubat aku kurang pasti.

Pada hari pertama warded juga aku dah mula pakai dainly belt made in USA.
Iklan dia di FB sangat convincing.

Selepas 3 hari aku boleh discaj. MC 11 hari. Namum waktu ni keadaan sakit aku makin kurang. Aku dah boleh berdiri, dan baring sahaja. Duduk TIDAK boleh.

3 hari tak boleh duduk. Hanya baring dan berdiri sahaja. Bila aku duduk mula lah sakit sciatic tu menyerang kembali.

1 Ogos 23 (Semalam) aku ambil inisiatif buat MRI sendiri sebab ada cover insuran. Masuklah private hospital di Melaka.

Keadaan MRI aku hari ini lagi teruk dari MRI pada bulan februari 2023 yang lepas.
Dr sarankan aku buat pembedahan kikis disc. Sebab DAH teruk disc tu terkeluar. So kena buang dics yang terlebih dan terkeluar tersebut.

Doktor MRI dept kata, aku ada ketumbuhan di L5/L1. Ada pelik sedikit MRI aku. Waktu prosedur MRI aku berjalan doktor ada suntik ubat sikit katanya nak bagi nampak jelas imej MRI.

Namum Doktor Ortho dan Spine surgery menyatakan tidak. Sebab beliau ambil kira rekod dan MRI aku sebelum-sebelum ni.
Aku bagi tahu Dr. aku dah mula tak sakit seperti sebelum ni.

Aku datang buat MRI ni pon sekadar nak tahu keadaan tulang belakang aku je. At least kita tahu kondisi sebenar tulang belakang kita.

MRI aku jelas menunjukkan L5/S1 aku makin teruk dari MRI sebelumnya


Aku dah boleh berjalan jauh hampir 1km. Naik tangga ke tinggat 3, dan buat rutin macam biasa solat pon dah boleh macam biasa.

So Dr bagi pilihan ke-2 tunggu lagi. Tangguh sehingga sakit aku datang kembali. Aku pilih yang ini.

Ajaib.

Aku syak aku baik ni sebab:

1.Allah kabulkan doa-doa kita.
2. Ubat gabapentin, tramadol paracetamol(Aku makan bila sakit sahaja), dan B komplek yang Dr GH bekalkan.
3. Dainely belt yang aku pakai hari-hari sejak discaj dari GH sejak 18 Julai 23 tempoh hari.

Dainely Belt yang aku pakai hari-hari untuk support tulang pelvis. Produk ni claim sesuai untuk mereka yang ada sciatic pain dan lower back pain.

Dr memang ada bagi tau dalam keadaan tertentu. Semua yang aku buat diatas boleh membantu untuk penyembuhan. Case by case dan tengok keadaan badan seseorang juga.

Macam kes aku kemungkinan disc yang terlekuar tersebut telah percah secara perlahan-perlahan. Lama-lama disc tersebut akan hancur dan sebati semula dengan daging di tulang belakang tersebut.

Masih dalam pemantauan Doktor. Ada follow up lagi selepas ini. Harap makin baik dan makin baik la.
Lastly...aku doakan kita semua pejuang SD akan terus pulih. Aminnnn.

Terima kasih

Thursday, 9 March 2023

Bercuti di Glory Beach Resort Port Dickson Buat Kali ke-2

 

Alhamdulillah selesai aktiviti bercuti kami anak beranak di Glory Beach Resort buat kali ke-2. Kali pertama tempoh hari adalah pada tahun 2021 yang lepas. Boleh

Saturday, 25 February 2023

Warded Kali ke- 2 Slip Disc di KPJ Sentosa KL

 


Setiap penyakit adalah ujian. Aku redha dengan ketentuanNYA. Sebelum aku gerak ke KL dari Melaka aku dah siap-siap pasang niat bermusafir untuk mencari penawar kerana Allah.

Thursday, 23 February 2023

KAKI SIHAT, BADAN CERGAS DENGAN PANTS DAN STOKIN AULORA



Aulora Pants - Meningkatkan Keselesaan dan Keselesaan Harian Anda

Jika anda sedang mencari cara untuk meningkatkan keselesaan dan keselesaan harian anda, maka Aulora Pants adalah pilihan yang tepat untuk anda. Direka khusus dengan

Sunday, 9 January 2022

Menginap di Bayu Marina Resort Johor Bahru


Menginap di Bayu Marina Resort Johor Bahru


Penerokaan kami tahun 2022 diteruskan lagi. Projek menjelajah apartment/kondominium diteruskan dengan menginap di Bayu Marina Resort.

Bayu Marina Resort ini terletak di

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget