Wednesday, 16 March 2016

Bercuti di Pulau Kapas, Terengganu




Bercuti di Pulau Kapas

Kali ni aku ingin bercerita tentang percutian aku ke Pulau Kapas pula. Perjalanan dari Melaka aku singgah ke rumah mak aku di N9. Sebab aku nak bawa mak aku sekali ke Pulau Kapas. Jadi sekarang perjalanan dari Gemas, N9 ke jeti Marang mengambil masa selama 6 jam.

Memandangkan aku dah book awal-awal dengan owner resort maka perjalanan jadi
mudah. Sampai sahaja di jeti Marang, aku pergi ke kaunter untuk bayar baki pakej kami sekeluarga ni. Sebahagian lagi aku dah bayar masa booking hari tu.

Perjalanan dari jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa selama lebih kurang 30 minit menaiki bot laju. 


Bercuti di Pulau Kapas

Sampai sahaja di Ombak Kapas lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari. So kami terus dihidangkan dengan sajian makanan tengah hari. Boleh tahan sedap. Kami tidak perlu bayar sebab ini semua telah termasuk dengan pakej yang kami pilih. 

Lepas makan amik angin sekejap melihat pemandangan laut yang indah nan permai sementara nak tunggu bilik kami siap dan boleh check in.


Bercuti di Pulau Kapas

Bercuti di Pulau Kapas

Pukul 2 lebih kurang kami boleh masuk ke bilik. yeayyy


Bercuti di Pulau Kapas

Nak ke bilik kami kena lalu celah-celah rumah ni. Chalet lain la. Sebab bilik kami nun jauh di belakang sekali. Dapat keluarkan peluh. Masuk bilik kami sekadar mandi dan buat solat jamak, lepas tu dengan cuaca masih panas anak-anak tak sabar terus terjun laut.

Bercuti di Pulau Kapas
kecebusss
Bercuti di Pulau Kapas


Bercuti di Pulau Kapas


Petang itu juga aku terus ke kuanter tempahan snorkeling yang berada di depan resort aku ni untuk bertanya. So aku book untuk sesi snorkeling untuk esoknya. Ini kerana waktu ini aku tahu memang sepanjang masa kuanter snorkeling ada je dekat resort ni. Boleh pilih. Sebelah Ombak Kapas ni pun ada resort lain. Aku saja je jalan untuk comparekan harga. Rupanya harga sama je. hehehe..

Kami jalan-jalan petang menikmati keindahan pantai Pulau Kapas.

Bercuti di Pulau Kapas

Bercuti di Pulau Kapas

Bercuti di Pulau Kapas

Bercuti di Pulau Kapas


Bercuti di Pulau Kapas
sunset



Makan malam kami juga termasuk dalam pakej. Kiranya percutian kami ini siap makan dan minum la. Snorkeling je kena tambah lain. Tapi harganya murah je, tak mahal pun.

Selepas makan malam kami masuk bilik untuk berehat. Pukul 10.30 malam perut lapar. Aku dan wife apa lagi pergi dating kat kedai depan tu sekejap. Anak-anak dah tido, boleh la dating..kebetulan malam ini adalah malam anniversary perkahwinan kami. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, diiringi dengan deruan ombak menghempas pantai..perrghhhhh..membangkitkan kehangatan bercinta pula. Terasa seperti baru kawin je.




Bercuti di Pulau Kapas
auchhh..sweet sangat siap dengan lilin lagi meja makan kami.



Bercuti di Pulau Kapas

Bercuti di Pulau Kapas
ini kawasan lain untuk snorkeling. aku naik bot. Tapi kalau rajin berjalan dan hiking boleh je sampai ke tempat ini.


Bercuti di Pulau Kapas


Bercuti di Pulau Kapas

Masa yang ditunggu telah tiba. Snorkeling di pagi harinya pula. Apa yang aku boleh katakan, kalau siapa-siapa yang pernah pergi Pulau Perhentian pasti akan merasakan Pulau Perhentian lagi best. Di sana coral dan ikan dia cantik-cantik.

Di Pulau Kapas ni.. Boleh la..Ikan dia cantik la. Tapi coral macam tak banyak je..

Lepas balik dari snorkeling, equipment aku simpan lagi petang baru pulangkan katanya. So aku gunakan sepenuhnya equipment ini untuk snorkeling di pesisir pantai pula bersama anak aku.

Bercuti di Pulau Kapas


So dengan ini aku sahkan, anak aku dah layak untuk snorkeling bersama aku. Selamber je dia ikut aku walaupun pada kedalaman lebih kurang 12 kaki.

So itu sahaja nak cerita. Esoknya kami check out. Cukuplah pengalaman kami di Pulau Kapas ini selama 3 hari 2 malam.

Babai Pulau Kapas...

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget