Monday 2 May 2016

3 Kepentingan watermark???


Ramai usahawan yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ini tidak mengerti apa itu “watermark”.
Bila sebut berkenaan “watermark” ia lebih
sinonim dengan sesiapa yang terlibat dengan dunia perniagaan online. 
Kalau dulu golongan fotografer sahaja yang menggunakan watermark ni. Tapi sekarang peniaga online pon kena letak watermark pada setiap gambar aktiviti perniagaan/testimoni sebelum di muat naik ke alam maya.
Sebelum itu, Apa itu watermark?? 
Watermark adalah ibarat macam identiti sesuatu gambar la. Maksudnya bila kita lihat gambar tersebut, kita akan tau siapalah empunya gambar tersebut.




contoh gambar yang ada watermark
contoh gambar yang ada watermark
Jika anda lihat blok perniagaan kami, gambar yang di muat naik disana semua ada watermark.
Saya nak cerita 3 sahaja kepentingan watermark ini pada gambar.
1)Identiti- Maksudnya orang lain tidak akan gunakan gambar kita untuk kepentingan diri mereka. Penting tau. Sebelum kita muat naik gambar, pastikan ada watermark dulu.
2)Alat pemasaran-jika gambar yang kita muat naik menarik hati orang lain, mereka mungkin akan share. So, bila mereka share, watermark identiti kita, turut tersebar di alam maya. Dah dapat marketing FREE.
3)originality- Gambar yang dimuat naik ke internet sangat mudah di curi. Jadi bila ada watermark sangat sukar bagi si “pencuri gambar” tersebut mengakui gambar tersebut adalah gambarnya. Guna lah apa sahaja software pasti watermark tidak boleh dibuang. Kalau boleh buang pon watermark tu, pasti ia akan menjejaskan struktur keseluruhan gambar tersebut.
Kesimpulan..jangan pandang mudah isu watermark ini. Jika anda ada blog, atau apa sahaja medium online pastikan anda letak watermark sebelum anda muat naik ke alam maya.
Nanti, gambar tu adalah gambar hasil tangan kita tentang aktiviti perniagaan kita. Tak pasal-pasal orang lain curi dan kata itu aktiviti perniagaan mereka. Macam mana kita nak buktikan itu gambar kita??
Cuba fikirkan?

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget