Sunday 26 June 2016

YouCanDuit???Apa Tu??



Semalam saya telah menghadiri program YouCanDuit E-usahawan anjuran MDEC.
Rupanya ada ramai lagi yang
tak tau berkenaan program ini. Untuk makluman sebenarnya MDEC telah mengiklankan berkenaan program ini di dalam Television dan di corong-corong radio sebenarnya. Mungkin ada yang perasan atau tidak.
Program ini ditawarkan secara percuma sahaja. Rugi lah jika kita tidak merebutnya. Boleh lawati link http://youcanduit.mdec.my/ untuk mendapatkan info lanjut.
Semalam saya nak cerita program yang saya hadiri ini tersangat-sangat lah best. Antara ilmu yang saya dapat semalam adalah berkenaan dengan Asas online marketing seperti:
  • Fb marketing
  • Instagram
  • Copywriting
  • Visual Attract Art
Siapa yang patut hadir ni??Pada saya, semua yang rasa dia nak tambah ilmu terutanya mereka yang ada business WAJIB hadir ke program ini.
Serius cakap, memang tak rugi. Pasti akan ada sesuatu yang anda belajar dari program tersebut.
Okay lah tak mau cakap banyak, anda semua boleh lah klik link seperti diatas. Ada banyak info yang akan diperolehi disana termasuk lah tempat dan tarikh kursus tersebut akan dilaksanakan untuk masa akan datang. Tinggal lagi kita ni, nak pergi atau tidak je
Macam semalam, Program di kendalikan oleh PLF Coach Ejul Lutfi dan PLF Coach Shila dari Goldmind Evolution Sdn Bhd yang tersangatlah ohhhsemmm!!.. Segala ilmu berjaya disampaikan dengan baik. Untuk info lanjut berkenaan syarikat ini, boleh klik link ini http://goldmind-evolution.com.my/official/
Akhir kata dari saya, rebut lah ilmu selagi boleh. Kalau dah ada pon ilmu tu, teruskan belajar lagi untuk kita recharge ilmu dan topup ilmu sedia ada. Selepas tu jangan lupa amalkan. Insyaallah..Semoga saya istiqamah mengamalkan ilmu yang diberi.
Selain dapat ilmu baru kita boleh juga berkenalan dengan rakan usahawan lain dan boleh bertukar-tukar pendapat sesama kita. Mereka yang hadir semalam pon ramai yang ada perniagaan sendiri terdiri daripada pelbagai latar belakang perniagaan

Note:Gambar diatas pula adalah sebahagian gambar saya bersama rakan PLF yang lain bersama PLF Coach Shila.
=============
Ingin Menempah baju, Tshirt, Jacket Dan lain-lain??Klik sinihttp://www.bikinbajushop.com
Ingin makan dodol??Klik sini http://www.facebook.com/dodoloriginalmelaka

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget