Tuesday, 19 February 2019

Adakah Halal Logistics bidang yang baru di Malaysia?

Adakah Halal Logistics bidang yang baru di Malaysia?
sumber gambar: http://tinyurl.com/yxedtnzx
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semalam aku berkesempatan untuk mendengar sesi perkongsian ilmu yang diadakan di kolej tempat aku bertugas ni.

Pada aku topik yang menarik dan sesuatu yang baru di kacamata aku. Mungkin ia telah lama berada dalam industri cuma aku yang tidak berapa alert.


Berbekalkan sedikit catitan yang aku buat boleh la aku kongsi untuk tatapan pembaca blog ini. Penceramah adalah merupakan pensyarah kanan daripada UNIKL Pasir Gudang iaitu En. Fahrul Irfan.


Menurut penceramah majoriti pengeluar telah menekankan produk yang dikeluarkan mesti halal dan mendapat pengesahan JAKIM. Kebanyakan yang apply sijil halal pula, ada juga daripada pengeluar non-muslim. Mungkin mereka percaya pengguna muslim pentingkan logo halal ini.

Sebelum berbicara tentang halal logistics mari kita sebut semua asas halal itu apa?

Bagi pengusaha muslim ada yang tidak apply sijil halal mungkin kerana mereka berfikir mereka orang islam dan pasti mereka telah mengikut saranan agama dalam pengeluaran produk mereka. So tak perlu la apply dengan JAKIM. Cukup sekadar letak label "produk keluaran muslim dan bumiputera".

Ini yang dikatakan salah faham kepada pengusaha muslim.

Sebenarnya mengikut kata penceramah tersebut, HALAL dalam industri ini terbahagi kepada 4 komponen utama. Bukan semata-mata orang islam yang mengeluarkan produk, jadi produk itu dikira HALAL.


Sebaliknya ia lebih daripada itu.

Apa komponen utama tersebut? haa ni nak bagi tau ni.

1) Bahasa

Sesuatu produk yang dikeluarkan mestilah harus, dibenarkan atau diizinkan untuk dikeluarkan menurut undang-undang yang terpakai dalam Malaysia. Kiranya sahlah dari sisi undang-undang. 

2) Syariah
Wajib ke atas Muslim menggunakan sama ada produk atau servis berasaskan prinsip syariah. Baru ia dikira halal. Sebagai contoh apabila kita membeli ayam, ada ayam yang disembelih oleh non-muslim dan ada yang disembelih oleh muslim. Jadi wajib muslim memilih yang patuh syariah dimana ayam disembelih oleh muslim.

Contoh servis pula. Kita ambil contoh servis urut tapak kakilah. Wajib kita mencari servis yang patuh syariah dimana pengusaha mengasingkan lelaki dan wanita. Tidak boleh dicampurkan tukang urut lelaki mengurut tapak kaki wanita.


3)Industri
Sesuatu produk yang halal dan baik, bersih, suci, bernutrisi dan akan menjadi sebagai "marketing tools", "added value", "quality product" atau "global market".
Komponen ketiga inilah yang ramai pengusaha non-muslim fikir. Mereka berfikir kedepan lagi dimana pada mereka apabila mendapat certified halal, mereka akan boleh pergi jauh dalam industri dan mengaut lebih banyak keuntungan.

4) Standard
Ada beberapa standard yang telah dikeluarkan yang mana semua pengeluar perlu patuh. Ada 3 standard semuanya. Antaranya adalah MS 1500:2009

Jadi pengertian HALAL dalam industri mesti merangkumi keempat-empat komponen ini. Akan ada badan berwajib yang akan membuat audit kepada pengeluar ini. 

Ok sekarang kita masuk topik halal logistics.

Jadi halal logistics tu apa?

Apabila produk dan servis telah halal, sistem logistik juga perlu halal. Sebut pasal pengeluaran produk,  tidak boleh lari, ia mesti akan melibatkan sistem logistik. 

Apa itu konsep halal dalam logistik? haa..ia mesti melibatkan empat komponen dan perlu patuhi standard dalam logistik ini seperti dibawah:

1. Transportation- urusan pengangkutan mesti semuanya halal. Tidak boleh mencampurkan dengan halal dan haram. sebagai contoh ayam halal tidak boleh dihantar dalam satu kontena atau lori yang berisi dengan daging yang tidak halal seperti daging khinzir.

2. Warehousing- maknanya urusan penyimpanan juga tidak boleh dicampurkan dengan halal dan yang haram. Sebagai contoh arak di simpan dalam bilik yang sama dengan air minuman biasa yang halal. Ianya mesti diasingkan.

3. Retailing- Urusan jualan juga dimana barang dipamerkan untuk jualan mesti diasingkan. Troli di supermarket untuk membawa barang halal dan haram perlu diasingkan. Sehingga ke peringkat ini ia perlu dititik beratkan.

4. Halal packaging- Cara pembungkusan dan label juga perlu patuh syariah. Tidak boleh kita letak gambar perempuan seksi tapi pada masa yang sama ada logo HALAL pada produk. Contoh lain produk syampu halal, tetapi pada produk meletakkan model yang free hair..biasanya produk ini tidak lepas apabila diaudit dan perlu tukar kepada gambar wanita bertudung.

Penceramah ada berkata sebenarnya halal logistics ini masih baru dalam Malaysia akan tetapi ia ada permintaan yang tinggi. Kerana apa? 

Kerana masyarakat dan pengguna sebenarnya telah mula sedar akan kepentingan produk halal ini. Halal bukan sahaja pada produk, tetapi termasuk kepada cara kita edarkan sesuatu produk. Itulah yang kita panggil halal logistics.

Dari segi permintaan tenaga kerja insyaallah demand tinggi dan suatu masa nanti satu dunia akan guna. Kita sama-sama doakan industri ini akan terus berkembang.

Seperti di negara Jepun. Mereka juga telah ke arah ini. Begitu juga dengan UK. Cuma mereka tidak declare ia sebagai HALAL sebaliknya menggunakan nama lain. Bukan apa, sebab negara Eropah ini, Islamophobia tu masih tinggi. Takut nanti timbul isu lain. Sebab tu pengeluar perlu menangani isu ini sebijaknya.

Kenapa banyak negara telah mengutamakan produk halal dan halal logistics ini?

Ini kerana semuanya berkaitan dengan permintaan pengguna global.

Rujuk carta di bawah:

Adakah Halal Logistics bidang yang baru di Malaysia?
sumber: http://tinyurl.com/yxh5f6g6

Statistic tahun 2010 sebanyak $661.6 billion saiz pasaran makanan halal seluruh dunia. Di Asia sahaja permintaan sebanyak 63.2%


OK sekarang jom lihat pula populasi muslim seluruh dunia.

Adakah Halal Logistics bidang yang baru di Malaysia?
sumber: http://tinyurl.com/yy4havnb

Statistic taburan muslim seluruh dunia tahun 2010

Jadi pertanyaan bersama kita disini. Adakah luas potensi pasaran halal ini? Tepuk dada kita sendiri ya. Kalau dah namanya muslim pasti kita sangat mengutamakan produk halal dan halal logistics.

Kita boleh juga buat carian dan kajian sendiri berkenaan potensi bidang ini.


Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua dan jumpa di entry akan datang.


No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget