Thursday, 21 February 2019

MEMAHAMI KES BERPROFIL TINGGI

MEMAHAMI KES BERPROFIL TINGGI


Bertemu lagi dalam entry kali ni. Saja nak kongsi dengan pembaca semua berkenaan kes berprofil tinggi.

Aku menulis topik ini setelah membuat sedikit catatan sewaktu aku menonton rancangan Soal Rakyat di TV 3 malam tadi pukul 11.00 malam. Pada aku ia satu topik yang menarik untuk dikongsi supaya tidak timbul salah faham kepada kita berkenaan dengan

sistem perundangan negara.
Tetamu yang dijemput adalah Prof Madya Dr Syamrahayu Ab Aziz seorang pensyarah undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Aku menulis ini berdasarkan catatan yang aku buat hasil daripada bual bicara dalam rancangan tersebut.

Kes berprofil tinggi? Apa tu? Sebenarnya nama kes "berprofil tinggi" itu sendiri adalah istilah yang selalu digunakan oleh pengamal media. Masyarakat kita juga telah sinonim dan biasa dengan nama itu. Masyarakat selesa dengan nama itu. Tidak salah untuk kita gunakan. 

Cuma dalam konteks pejabat peguam atau badan kehakiman negara tidak ada istilah "berprofil tinggi". Semua kes adalah penting dan perlu diselesaikan segera.

Kes-kes yang biasa disebut sebagai berprofil tinggi oleh media dan masyarakat adalah seperti kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan keselamatan negara seperti kes bunuh terutamanya ia melibatkan orang yang berpengaruh seperti ahli politik, selebriti atau orang yang dikenali dalam masyarakat.

Jika kita mengikut perkembangan kes di mahkamah, kadang-kadang kita sebagai masyarakat tidak tahu nak dengar yang mana satu. Sebab terlalu banyak media bukan arus perdana seperti tulisan di portal online, blog dan orang perorangan menulis pandangan apabila sesuatu kes disebut di mahkamah.

Jika sesuatu itu ditulis oleh wartawan media arus perdana dan pengamal media bertauliah ia akan memberi keyakinan untuk masyarakat mempercayainya. Biasanya pengamal media ini akan diberi ruang khas dalam mahkamah untuk mengikuti sesuatu kes di mahkamah.

Pesan Prof Madya ni, jika kita nak rasa betul-betul yakin dengan kenyataan sesuatu kes bolehlah dengar sendiri kenyataan daripada mana-mana agensi kerajaan yang diberi hak untuk membuat kenyataan.

Walaubagaimanapun kerajaan tidak boleh halang mana-mana pihak untuk menulis pandangan. Kepada sesiapa yang hendak memberi pandangan atau menulis tentang sesuatu isu berkaitan perundangan, perlulah mengikut betul-betul etika kewartawanan supaya cerita sebenar yang ditulis, bukannya cerita rekaan atau tidak benar yang ditulis. Zaman sekarang ini sesiapa sahaja bebas untuk menulis di mana-mana seperti media sosial, blog, portal dan lain-lain platform.

Pengacara ada bertanya soalan kepada Prof, Sejauh mana kabinet memainkan peranan dalam kes berprofil tinggi ini?

Sebenarnya mengikut perundangan negara, kabinet, menteri, kerajaan tidak boleh memberi apa-apa arahan kepada mahkamah kerana yang menjalankan tugas siasatan dalam kes-kes tertentu adalah penjawat awam. Mereka adalah badan yang berkecuali sebenarnya. Telah ada pengasingan kuasa tersebut sejak dahulu lagi. Agensi kerajaan sememangnya bebas tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak seperti ahli kabinet atau menteri.

Pejabat peguam negara sebenarnya yang berhak untuk menentukan sesuatu kes itu perlu dibuat pertuduhan di mahkamah atau tidak.

Ha....ini lah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang..Masyarakat "syak" yang kononnya kerajaan atau pihak tertentu ada kaitan dengan mana-mana kes di mahkamah. Kenapa ia jadi isu??

Kerana ada kes yang diteruskan dan ada kes di mahkamah yang tidak diteruskan atau digugurkan. Masyarakat yang tidak faham dengan prosedur kehakiman terus membuat andaian sendiri. Ini yang kita perlu elakkan iaitu membuat andaian tidak baik dan salah kepada institusi kehakiman negara kita. Siapa lagi yang hendak hormat institusi kehakiman kita kalau bukan rakyat kita sendiri. Jadi berilah kepercayaan penuh.


MEMAHAMI KES BERPROFIL TINGGI
sumber gambar: https://tinyurl.com/y5uzk2wm

Rakyat ingin mempersoalkan tindakan mahkamah memang tidak salah. Itu hak mereka akan tetapi perlu dibuat di saluran yang betul. Kita tidak boleh menutup mulut setiap orang.

Telah termaktup dalam perlembagaan negara yang pejabat peguam negara mempunyai kuasa penuh berdasarkan budi bicara peguam negara. Dan pejabat peguam negara mempunyai kuasa untuk tidak menjelaskan kepada umum mengapa sesuatu kes diteruskan dan ada kes-kes tertentu ia akan digugurkan.

Prof menambah, kita perlu pasakkan dalam pemikiran rakyat yang badan kehakiman negara ini adalah satu badan eksekutif yang bebas


Seperkara lagi yang menjadi kerisauan kita adalah budaya rakyat malaysia itu sendiri yang suka melabel dan menjatuhkan hukum sebelum mahkamah membuat keputusan.

Khalayak telah membuat persepsi yang kononnya orang yang dituduh telah bersalah, padahal kes baru keluar di media sipulan bin sipulan ditangkap kerana kes tertentu. Belum didakwa di mahkamah pun lagi. Ini sesuatu yang perlu kita sebagai rakyat perlu elakkan iaitu berprasangka buruk kepada orang yang dituduh dan membuat tohmahan tidak berasas.

Telah termaktub juga dalam perlembagaan yang seseorang itu tidak bersalah selagi ia belum dibuktikan bersalah di mahkamah. Hak ini sememangnya dijamin oleh perlembagaan. Jadi sesiapa yang ingin menuduh mesti kemukakan bukti kepada mahkamah dalam proses pendakwaan.

Lazimnya agensi penyiasatan akan seperti SPRM, PDRM dan lain-lain agensi terlibat akan mencari dan kemukakan bukti. Bukti-bukti ini akan diserahkan kepada pejabat peguam negara. Ini yang kita selalu dengar di mahkamah sebagai pendakwaraya. Apabila bukti telah cukup baru sesuatu kes itu akan di bawa ke mahkamah. Apabila bukti tidak cukup kemungkinan sesuatu kes itu boleh digugurkan.

Kenapa sesuatu kes lambat dibicarakan di mahkamah??

Untuk mendapatkan bukti bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Prosesnya lama dan sukar. Dokumen yang diperlukan untuk pendakwaan sangat terperinci. Kes jenayah komersial contohnya..Sekecil-kecil resit dengan amaun sen-sen itu juga diperlukan. Sukar untuk mendapatkan keterangan untuk dibawa ke pejabat peguam negara. Sebab itulah mengapa sesuatu kes itu lambat untuk dibicarakan di mahkamah.

Sesuatu kes yang sedang dibicarakan di mahkamah pihak tertuduh atau pendakwaraya biasanya tidak akan membuat apa-apa kenyataan di media. Ini dibuat supaya sesuatu faktu tersebut tidak akan mengganggu proses perbicaraan di mahkamah. Apa-apa kenyataan kes hanya boleh dibuat dalam mahkamah.

Sebenarnya ada banyak lagi yang dibincangkan dalam program Soal Rakyat ini semalam. Amat menarik pada aku. Hanya ini sahaja yang sempat aku catat sikit.

Walaupun sedikit, diharapkan agar ia boleh la memberi ilmu serba sedikit kepada kita yang kadang-kadang memang cetek pun ilmu dalam bidang perundangan ini.


Ubah persepsi kita terhadap badan perundangan ini. Berikan kepercayaan penuh kepada badan perundangan kita. Rakyat perlu hormat perlembagaan dan keputusan mahkamah.

Semoga bermanfaat..Sekian..


No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget