Thursday, 7 February 2019

Pantai Murni Berwajah Baharu

Pantai Murni Berwajah Baharu

Tajuk yang aku tulis di atas boleh aku katakan tidak sesuai kerana Pantai Murni ini telah bertukar wajah sejak tahun 2017.

Lebih daripada 14 tahun aku tidak berkunjung ke Pantai Murni Yan ini. Dahulu sewaktu aku belajar di UUM pernah pergi pantai ini.

Tapi tidak mengapa. Pada aku ia berwajah baharu sebab inilah kali pertama aku  datang dengan lanskap yang baharu ini.

Telah jauh berubah tempat ini. Pantai Murni ini kawasan yang berlumpur dan menjadi habitat ikan belacak. Sewaktu sampi pukul 5.30 petang airnya sedang surut. Maka nampaklah ikan belacak sedang berenang-renang dengan gembiranya.

Anak-anak aku dan anak buah juga gembira dapat melihat ikan belacak, anak ketam dan siput di sini.

Pantai Murni Berwajah Baharu

Di jeti inilah tempat banyak ikan belacak dapat dilihat termasuk anak ketam dan siput. 

Hari ini ramai pengunjung. Mungkin masih dalam dalam mood cuti hari raya cina. Nak pergi ke jeti sebelah sana tu macam malas pula sebab penuh orang sedang bergambar dan bermacam-macam lagi.

Pantai Murni Berwajah Baharu

Pantai Murni Berwajah Baharu

Pantai Murni Berwajah Baharu

Pantai Murni Berwajah Baharu

Kalau kita bergambar dari jeti sana lagi cantik view. Boleh bergambar di jeti dengan berlatar belakangkan Gunung Jerai.

Bagi sesiapa yang pertama kali berkunjung ke sini, tidak perlu risau di sini banyak gerai dan kedai makan. Boleh pilih je mana-mana kedai untuk mengisi perut jika lapar.

Aku ada bercakap pada anak aku dan anak buah aku rugi korang tak bawa roller blade, kalau tak boleh main roller blade di sini. Sesuai untuk main roller blade jika dilihat daripada keadaannya persekitarannya.

Kelihatan juga ada pengusaha yang membuat sewaaan kereta kecil untuk anak-anak kecil tu di samping ada juga basikal / skuter elektrik yang boleh disewa. 


Tapi aku tak pastilah berapa harga sewaannya tu. Tak tanya pula.

Ada juga pengusaha yang sewakan alatan permainan buih tu..So anak-anak boleh main. Playground pon ada disediakan. Pendek kata sesuailah tempat ini untuk anak-anak bermain dan beriadah sekeluarga. 


Oh ya, surau pon ada disediakan. Sebelah sana sikit. Selesa dan luas. Ini adalah surau masyarakat tempatan di sini. 

Lepas maghrib aku makan char kuey teow special pula. Memang sedap. Layan beb..


Pantai Murni Berwajah Baharu

Pantai Murni Berwajah Baharu

Aku tanya kenapa dia special..Jawab pengusaha tersebut special sebab semua lebih. Udang lebih, kuey tiow lebih dan ada telur goyang kat atas. 

Terbaik bak hang...slurppppp


================

Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget