Friday 8 February 2019

Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang

Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang


Sebut sahaja Taman Eco Rimba Kanching Rawang sudah pasti ia menjadi bualan masyarakat sekitarnya termasuklah penduduk di sekitar Lembah Klang.

Pada pagi tadi aku berkesempatan ke sini. Dalam perjalan dari Rawang menghala ke Kuala Lumpur aku menggunakan jalan lama. Jadi aku terperasan kawasan perkelahan ini. Tanpa berfikir panjang aku terus singgah di sini.

Orang macam aku
yang cintakan kehidupan alam semula jadi ini sudah pasti tidak akan melepaskan peluang yang ada. Lagi pun bila lagi akan ke sini. Yer tak??

Ini adalah pertama kali aku ke sini sebenarnya..

Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang



Masa aku sampai tadi tak ramai orang sangat. Boleh masuk dan parking di dalam kawasan parking yang disediakan. Caj parking RM2. Lepas tu kena caj masuk RM1 seorang x 2 orang dewasa. Kanak-kanak dia tak caj pula. Total aku kena bayar RM4.

Takpe la..Tak kisah sangat pasal bayaran ini. Janji boleh masuk nak jalan-jalan dan tengok apa ada kat dalam tu..

Waktu masuk tu ada gerai-gerai jualan, ada orang jual aiskrim. Terus anak minta nak makan aiskrim. Tapi aku berjaya tangguhkan pembelian. 

Jalan ke depan sikit ada banyak plak monyet sedang makan kelapa kat tepi tu..Nampak agak aggresif moyet tu. Takut anak aku.hahaha..

Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang
Anak-anak aku lari sebab monyet tu acah-acah nak kejar.haha..

Teruskan perjalan ke depan nampak ada orang sedang bergambar dengan ular sawa dan ada burung-burung. Rasanya servis ambil gambar. Tak pasti berapa bayaran.


Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang

Teruskan ke depan lagi pergi ke tepi sungai untuk cari tempat mandi manda. Kawasan di sini sangat cantik dan terjaga. Aku hanya pergi kawasan bawah sahaja. Tak naik sampai atas pon.

Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang



Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang


Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang



Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang


Bersantai di Taman Eco Rimba Kanching, Rawang


Kawasan sekitar sini sangat cantik dan mendamaikan. Nyaman sahaja bila menarik nafas tu. Yer lah kan, oksigen fresh dari hutan.

Lihat daripada keadaan sekitarnya kawasan ini memang sesuai untuk perkemahan. Mungkin boleh bertanya dengan pejabat hutan di sini. Di pintu masuk ada pejabat hutan.

Alhamdulillah hari ini anak-anak puas mandi air sungai di sini. Sejuk dan jernih. Ada banyak kawasan tempat mandi dan sesuai untuk kanak-kanak sebab tidak terlalu dalam.


Sewaktu pulang, aku nampak sekawan monyet sedang mandi sungai di bahagian bawah sungai tu. Elok je dia main lompat-lompat terjun ke dalam sungai tu. Tapi tu lah sayang, lupa nak snap gambar.

Jadi kepada anda di luar sana, jika belum pernah ke sini, elok boleh pergi sini. Sesuai dijadikan tempat bersantai bersama keluarga.

Itu sahaja untuk entry kali ini. Jumpa lagi.


================
Ingin merasai keenakan dan kerangupan dahan rapuh?
Klik sini: https://dahanrapuhbp.weebly.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Menarik Lain

Recent Post

Recent Posts Widget